SEHINGGA kini tiada keputusan rasmi berhubung pelantikan perdana menteri ke-10.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata begitu ketika ditemui pemberita selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana negara petang tadi.
“Tiada apa-apa keputusan lagi setakat ini,” kata presiden Parti KEADILAN itu.
Anwar sempat berseloroh kepada media bahawa jawatan itu ketika ini masih kosong dan dibuka untuk permohonan.
Parlimen Malaysia kini berada dalam keadaan tergantung setelah tiada mana-mana pihak berjaya memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.
HARAPAN memenangi lebih banyak kerusi dengan jumlah 82 berbanding Perikatan Nasional (73) dan Barisan Nasional (30).
GPS di Sarawak yang merupakan sekutu BN sebelum ini memenangi 32, GRS di Sabah 6, Warisan 3, 2 bebas dan dua dari PBM dan KDM.
Semalam Anwar mengadakan pertemuan dengan blok Barisan Nasional (BN) yang mempunyai jumlah 30 kerusi Parlimen, mereka hari ini memutuskan untuk tidak memihak kepada sesiapa dan bersedia untuk menjadi pembangkang.
Manakala Pengerusi PN, Mahiaddin Md Yassin sebelum ini mendakwa ada cukup majoriti dengan sokongan dari BN, GPS dan GRS.
Susulan pendirian BN untuk tidak memihak kepada mana-mana, ia menafikan sama sekali dakwaan Mahiaddin itu.
Sementara itu Anwar ketika diminta mengulas pertemuan di Istana hari ini berkata, Agong menitahkan keperluan menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan yang inklusif untuk semua kaum, agama dan wilayah sebagai jalan penyelesaiaan kepada situasi sekarang.
“Saya bersyukur dan mengalu-alukan semangat kerajaan perpaduan yang kebetulan saya sebutkan semalam.
“Perlu ada kesepakatan, kerjasama semua pihak supaya kerajaan ini lebih kukuh, boleh tumpu perhatian menjaga kepentingan rakyat dan memulihkan ekonomi.
Kepentingan rakyat dan ekonomi tumpuan Anwar |
Terdahulu, Sultan Abdullah bertitah, tiada siapa-siapa pada pandangan baginda telah mendapat sokongan secukupnya bagi menubuhkan kerajaan.
Justeru baginda akan membuat keputusan dalam masa terdekat mengenai siapa yang akan membentuk kerajaan.
0 Comments