Enam ' dalang' langkah Sheraton yang dihukum rakyat

 

PILIHAN RAYA UMUM KE-15 pada Sabtu menyaksikan enam dari 11 bekas Ahli Parlimen KEADILAN yang dianggap 'dalang' Langkah Sheraton kalah.

Kerusi dmenangi mereka pada PRU-14 dirampas kembali calon-calon KEADILAN yang diletakkan sebagai memberi pengajaran kepada mereka yang dianggap 'pengkhianat' itu.
 
Mohamed Azmin, hilang kerusi di kawasan kubu kuatnya di Gombak setelah kalah di tangan protegenya yang mewakili HARAPAN, Datuk Seri Amirudin Shari dengan majoriti 12,729 undi.

Zuraida Kamaruddin turut turut mahu mempertahankan Parlimen Ampang turut tersungkur kepada bekas Timbalannya, Rodziah Ismail.

Rodziah bukan sahaja menang bergaya dengan majoriti 29,681 undi, malah turut mengakibatkan 'orang kuat' Azmin ali itu hilang wang deposit walaupun pernah menaungi kerusi Parlimen Ampang sejak tiga penggal lalu.

Mohd Rashid Hasnon turut gagal dalam usaha mengekalkan penguasaan di Parlimen Batu Pahat, apabila kalah di tangan calon HARAPAN, Onn Abu Bakar dengan majoriti 15,972 undi.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, merampas kembali kerusi Parlimen Bandar Tun Razak apabila menang dengan majoriti 9,817 undi mengalahkan Kamarudin Jaffar di kerusi itu.

Turut tersungkur dalam usaha mengekalkan kerusi masing-masing adalah Mansor Othman yang kalah di Nibong Tebal di tangan Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek dengan majoriti 16,293 undi.

Mereka gali kubur politik mereka sendiri
Seorang lagi bekas wakil rakyat KEADILAN yang kalah dalam PRU15 adalah bekas Menteri Kerja Raya, Baru Bian yang kali ini bertanding atas tiket Parti Sarawak Bersatu.

Beliau kalah di Parlimen Lawas selepas ditumbangkan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Henry Sum Agong dengan majoriti 5,677 undi.

Dengan keputusan itu terbukti, karier politik yang dibina berdasarkan kepercayaan rakyat mampu ranap sekelip mata sekiranya amanah diberikan itu dikhianati.

Post a Comment

0 Comments