JAMAL ABDILLAH hari ini memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan parti DAP susulan kenyataanya dalam satu rakaman video yang tular.
Dipetik laporan media, penyanyi itu berkata dia sebenarnya membuat video itu yang bersumberkan kata-kata orang mengenai isu-isu yang diutarakan itu dan pernah ditularkan dulu tanpa mengetahui kesahihannya.
"Dengan rasa rendah diri, saya mohon maaf pada seluruh rakyat Malaysia kerana saya 'spin' hal itu dalam tidak mengetahui (hal sebenar).
"Kepada DAP khususnya, saya mohon ribuan ampun dan maaf sebab kesilapan itu saya telah lakukan," katanya menerusi hantaran video di Twitter.
Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Mohd Ali melalui video TikTok itu, memberikan pesanan supaya tidak mengundi DAP. Dia menyentuh mengenai surau yang tak boleh diazankan serta sekolah-sekolah tahfiz nak dihapuskan.
Susulan kritikan, Jamal kemudia berkata dia sememangnya tidak mempunyai pengetahuan tentang politik, dan kini merasakan video itu tidak sepatutnya dibuat.
"Dan saya tanpa ada pengetahuan mengenai politik, hanya kerana kebimbangan terhadap generasi akan datang, saya buat video.
"video itu, rasanya tak sepatutnya saya buat," katanya.
Isu laungan Azan di Pulau Pinang dan isu orang Melayu sering digunakan parti politik untuk memburuk-burukkan serta membangkitkan ketakutan kaum melayu kepada DAP yang sebahagian parti gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Pada 2016 Yang Dipertua PAS Padang Serai Shaharuddin Ibrahim pernah memohon maaf kepada DAP dan kerajaan Pulau Pinang berhubung kenyataannya yang mendakwa akan berlaku larangan azan di masjid-masjid sekiranya DAP memerintah.
Ini selepas exco kerajaan negeri Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Abul Kassim menggesa Shaharuddin menarik semula kenyataan berkenaan kerana didakwa sebagai fitnah.
Terdahulu, video dimuat naik Jamal mendapat reaksi ramai di media sosial dengan ramai yang menyoal kesahihan dakwaan dibuatnya.
Antaranya, Chor Kole di Twitter yang membangkitkan peruntukan Majlis Agama Islam Pulau Pinang antara yang paling besar di Malaysia.
Jamal mengaku tak ada pengetahuan politik |
Kata Syarifah Amin, malah ayahnya menyokong tindakannya menyertai DAP.
"Dia tidak pernah menimbulkan kebimbangan bagaimana Islam/muslim boleh dimusnahkan kerana parti politik, malah dia tahu itu tidak masuk akal," tulisnya di Twitter.
0 Comments