DAP beri mandat Anwar jadi PM tanpa syarat


PARTI DAP memberi jaminan bahawa semua Ahli Parlien mereka akan memberi mandat sepenuhnya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diangkat sebagai Perdana Menteri sebaik sahaja Pakatan Harapan (HARAPAN) menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijadualkan berlangsung pada 19 November ini.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook parti itu juga tidak akan meletakkan apa-apa syarat dan soal rundingan kerusi dalam kabinet hanya akan dibincangkan selepas itu.

"Pada 19 November, apabila kita menang kerusi ke 112, tanpa persoalan, semua Ahli Parlimen DAP akan beri mandat sepenuhnya kepada Anwar untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri.

"Bagaimana kerajaan dibentuk kita bagi mandat kepada kebijaksanaan beliau untuk mentadbir. Itu komitmen saya sebagai Setiausaha Agung," katanya.

Bekas menteri pengangkutan itu  ketika berucap pada majlis Jelajah Anwar Ibrahim di Negeri Sembilan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Tampin.

Tambahnya, negara kini berada dalam keadaan genting dan memerlukan pentadbiran yang berwibawa untuk menyelamatkan Malaysia.

Anwar jelasnya berdasarkan pengalaman dan integriti dimilikinya mempu menjadi perdana menteri terbaik.

Sebagai rekod pada tahun 1993, Anwar pernah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan terbaik dunia oleh Euro Money Magazine.

Tiga tahun kemudian, Asia Money Magazine pula memberi pengiktirafan kepada Anwar sebagai menteri kewangan Terbaik Asia,

Pada tahun 1998 beliau mendapat pengiktirafan dari Asia Weeks Magazine sebagai ‘ The Asian of the year.’

Pengalaman Anwar mampu pulihkan negara
Ketika menjawat jawatan penting itu juga Anwar berjaya memacu pertumbuhan ekonomi negara sehingga mencecah 9% – 10% hampir sepanjang beliau menjadi Menteri Kewangan sekaligus menjadikan Malaysia di kenali sebagai The Asian Tiger dikalangan negara-negara Asian.

Beliau bukan sahaja Menteri Kewangan Malaysia pertama yang berjaya menurunkan hutang luar Malaysia keparas paling rendah, sehingga kini tiada mana-mana  Menteri Kewangan Malaysia berjaya membentangkan bajet pendapatan melebihi perbelanjaan seperti yang dicapai oleh Anwar Ibrahim selama 8 tahun berturut-turut.

Post a Comment

0 Comments