URUS TADBIR yang baik boleh memulihkan ekonomi negara yang dalam keadaan hambar pada saat ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas Menteri Kewangan terbaik Asia pada era 90-an itu berkata, sekiranya diberi peluang selepas Pilihan Raya Umum ke-15 nanti, Pakatan Harapan (HARAPAN) dapat menghentikan amalan kontrak tanpa tender dan kecurian wang yang sepatutnya digunakan bagi membantu rakyat susah.
“Bukanlah saya pandai benar, tapi lapan tahun saya jadi menteri kewangan ringgit kukuh.
“Belanjawan bukan defisit, belanjawan ada lebihan, dan belanjawan seimbang,” kata dalam pada program Santai Bersama Anak Muda di Bukit Beruang di Melaka semalam.
Anwar sebelum ini menegaskan bahawa gabungan pimpinannya akan menumpukan kepada usaha membanteras rasuah serta menerajui negara dengan jumlah pentadbiran yang lebih kecil dan tidak akan menumpukan kepada konglomerat.
Ia sebagai langkah untuk menyelamatkan ekonomi negara.
Sementara itu, Anwar dalam wawancara bersama Bloomberg semalam menyatakan keyakinan bahawa HARAPAN mampu mendapat majoriti mudah dalam PRU15 walaupun terpaksa menghadapi pertembungan pelbagai penjuru.
Katanya, beliau sudah ada di lapangan dan mengakui HARAPAN menghadapi persaingan yang sengit pada pilihan raya ini.
"Saya berada di lapangan dan terdapat persaingan yang sengit. Namun kita boleh bergerak dengan lebih jauh ke kawasan pedalaman dalam usaha mendapatkan majoriti mudah," katanya dipetik.
Bekas Menteri Kewangan terbaik Asia pada era 90-an itu berkata, sekiranya diberi peluang selepas Pilihan Raya Umum ke-15 nanti, Pakatan Harapan (HARAPAN) dapat menghentikan amalan kontrak tanpa tender dan kecurian wang yang sepatutnya digunakan bagi membantu rakyat susah.
“Bukanlah saya pandai benar, tapi lapan tahun saya jadi menteri kewangan ringgit kukuh.
“Belanjawan bukan defisit, belanjawan ada lebihan, dan belanjawan seimbang,” kata dalam pada program Santai Bersama Anak Muda di Bukit Beruang di Melaka semalam.
Anwar sebelum ini menegaskan bahawa gabungan pimpinannya akan menumpukan kepada usaha membanteras rasuah serta menerajui negara dengan jumlah pentadbiran yang lebih kecil dan tidak akan menumpukan kepada konglomerat.
Ia sebagai langkah untuk menyelamatkan ekonomi negara.
Sementara itu, Anwar dalam wawancara bersama Bloomberg semalam menyatakan keyakinan bahawa HARAPAN mampu mendapat majoriti mudah dalam PRU15 walaupun terpaksa menghadapi pertembungan pelbagai penjuru.
Pernah dinobatkan menteri kewangan terbaik Asia |

0 Comments