Umno-BN pentingkan diri, kata pemimpin HARAPAN

 


PENGUMUMAN pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob semalam hanya memperlihatkan kepada rakyat bahawa Umno-BN tidak mengendahkan nasib dan nyawa rakyat, kata ADUN Ketari, Young Syefura Othman.

Dalam kenyataan pada Isnin Young Syefura berkata, pihak berkenaan  yang mahu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan secepat mungkin hanya mementingkan hawa nafsu politik mereka.
 
Justeru tambahnya, rakyat di negara ini mesti menghukum pemimpin-pemimpin angkuh terbabit dengan memastikan mereka tidak menjadi kerajaan selepas PRU nanti.

"Ayuh rakyat Malaysia. Keluar mengundi. Bela nasib dan maruah negara yang semakin tercalar akibat kerakusan hawa nafsu pemimpin gila kuasa.
 
"Mari keluar beramai-ramai untuk tewaskan semula BN dan juga Perikatan Nasional (PN) yang telah menjadi sebab demokrasi negara ini tercalar akibat peristiwa Langkah Sheraton.

"Rakyat perlu ajar mereka, tiada apa yang lebih berkuasa daripada kuasa rakyat.

"Rakyat perlu ingatkan mereka bahawa kuasa rakyat menentukan segalanya," katanya.

Susulan pengumuman Ismail semalam, banyak pihak menyifatkan keputusan itu dibuat tergesa-gesa dan tidak bertanggungjawab memandangkan jangkaan banjir melanda negara menjelang akhir tahun ini dan awal tahun hadapan.
 
Naib Presiden AMANAH, Adly Zahari turut menyelar tindakan itu dengan menyifatkan Umno-BN lebih mengutamakan kuasa berbanding keselamatan rakyat dan negara.

Umno didakwa tak peduli nasib rakyat
Bukan setakat itu, Ismail juga tegasnya seorang pemimpin lemah yang lebih mementingkan desakan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berbanding kepentingan rakyat.

“Zahid perlukan PRU diadakan bagi menyelamatkan beliau dari pendakwaan rasuah yang sedang berjalan sekiranya BN menang,” katanya dalam kenyataan.

Post a Comment

0 Comments