WALAUPUN telah menyatakan pendirian bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) tidak sesuai diadakan sekarang berikutan risiko banjir, namun parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) menghormati keputusan yang telah dibuat mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan itu.
Dipetik laporan media, mereka menyatakan kesediaan menghadapi PRU15 dan akan menggerakkan jentera parti serta merta, namun pada masa sama melahirkan rasa bimbang tentang risiko bencana banjir yang dijangka berlaku.
Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli dalam perkongsian di Twitter pula berkata parti itu akan melakukan yang terbaik dan kini tiba masanya untuk “memecut”, setelah beberapa bulan “berlari-lari anak” (berkempen).
“Seperti saya selalu ulang, menang kalah Allah telah tetapkan. Yang penting, kita berusaha terbaik untuk terus bawa Malaysia ke landasan lebih baik,” katanya.
Rafizi yang mahu bertanding semula di kerusi Parlimen Pandan menjangkakan rakyat akan mengundi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada awal November ini iaitu sebelum masuk minggu kedua.
Sehubungan itu beliau menggesa penyokong mengikuti perkembangan semasa sambil menyebar luas informasi kepada pengguna laman sosial.
“Ikuti perkembangan kempen di media sosial, sebarkan setiap masa, termasuk isu-isu penyelewengan yang tidak putus-putus.
“Jika anda ada anak-anak muda yang akan mengundi kali pertama, pujuk mereka untuk keluar mengundi dan memilih KEADILAN dan HARAPAN,” katanya di Twitter pada Isnin.
Sementara itu,Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook, pula berkata jentera pilihan raya DAP akan diaktifkan serta merta dan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat tergempar pada malam ini bagi membincangkan persiapan parti menghadapi pilihan raya itu.
“DAP juga akan terus mendukung keputusan Majlis Presiden HARAPAN untuk tidak membubarkan DUN Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Ini supaya kerajaan negeri masing-masing boleh fokus untuk siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana berlaku,” katanya dalam kenyataan.
Semalam, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU1-15), pembubaran itu selang beberapa hari selepas kerajaan mengumumkan Belanjawan 2023.
Di media sosial rakyat menyindir keputusan itu. Ada antara mereka berkata, dalam keadaan negara berisiko berdepan bencana, banjir boleh ditangguhkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya.
Sambil mengingatkan kepada peristiwa Sheraton yang menyebabkan situasi politik negara tidak stabil sejak beberapa tahun lepas, mereka mahu parti politik terlibat dihukum pada pilihan raya kali ini.
“Jangan lupa siapa yang buat Langkah Sheraton semasa Covid-19. Siapa buat PRN (Pilihan Raya Negeri) Sabah semasa pandemik dan kini kita berhadapan dengan musim banjir.
“Humban mereka yang membuat keputusan yang salah, buat rakyat sengsara,” kata seorang warganet.
Tidak kurang juga yang berpendapat musim tengkujuh sengaja dipilih bagi memberi kemenangan kepada pihak BN.
“Dia tahu ramai tak akan keluar untuk undi sebab banjir. Sekaligus BN akan menang PRU 15,” kata Prashan Gunaseharan.

Pilih pemimpin nak selamatkan rakyat |

0 Comments