Senarai penuh calon KEADILAN untuk Parlimen PRU-15


TIMBALAN PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Rafizi Ramli akan bertanding di kerusi parlimen Pandan pada pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) ini.

Perkara itu diumumkan dalam satu majlis ceramah di Ampang malam tadi.

Selain Rafizi, nama-nama calon lain yang akan bertanding diatas tiket parti itu turut telah diumumkan. Pengumuman itu menyaksikan beberapa calon baru bakal diketengahkan dan beberapa Ahli Parlimen juga bakal bertukar kerusi.

Antara yang menjadi perhatian adalah di kerusi Parlimen Gombak dan Ampang yang menyaksikan wakil rakyat kawasan itu yang menang diatas tiket KEADILAN sebelum ini berpaling tadah.

Bagi kerusi Gombak, Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari akan berhadapan dengan Azmin Ali, manakala penyelaras KEADILAN Ampang Rodziah Ismail pula akan menghadapi Zuraida Kamaruddin.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Adam Adli akan bertanding di parlimen Hang Tuah Jaya, sementara penyandang kerusi itu, Shamsul Iskandar Akin bakal berdepan Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datuk.

Ketua Wanita KEADILAN Fadhlina Sidek akan bertanding di Nibong Tebal manakala Nurul Izzah Anwar pula akan mempertahankan kerusi Permatang Pauh.

Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil akan mempertahankan kerusi parlimen Lembah Pantai, sementara Dr Maszlee Malik yang akan mempertahankan Simpang Renggam, Hassan Karim di Pasir Gudang dan Akmal Nasir di Johor Bahru.

Bekas presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Wan Ismail pula diletakkan bertanding di Bandar Tun Razak, sebuah kerusi yang sebelum ini dimenangi parti itu tetapi dikhiati.

KEADILAN letak calon pelbagai latar dan pengalaman
Dalam pengumuman itu juga, Bekas naib presiden Amanah Husam Musa dinamakan sebagai calon KEADILAN di Pasir Mas, Kelantan.

Berikut adalah senarai penuh calon KEADILAN bagi menghadapi pilihan raya kali ini berdasarkan turutan negeri.

Johor:

    Yuneswaran - Segamat
    Dr Zaleha - Sekijang    
    Iskandar Shah - Pagoh
    Syed Ibrahim - Ledang
    Onn Abu Bakar - Batu Pahat
    Dr Maszlee Malik - Simpang Renggam
    Zuraidah Zainab - Tenggara
    Jimmy Puah - Tebrau
    Hassan Karim - Pasir Gudang
    Akmal Nasir - Johor Bahru
    Saiful Arifin Abdul Karim - Pontian

Melaka:

    Rusnah Aluai - Tangga Batu
    Adam Adli - Hang Tuah Jaya

Negeri Sembilan:

    Ustaz Nor Azman - Kuala Pilah
    Jufitri Johar - Rembau
    Aminuddin Harun - Port Dickson

Selangor:

    Saiful Yazan - Sungai Besar
    Dr Sathia Prakash - Hulu Selangor
    William Leong - Selayang
    Amirudin Shari - Gombak
    Rodziah Ismail - Ampang
    Rafizi Ramli - Pandan
    Wong Chen - Subang
    Lee Chean Chung - Petaling Jaya
    Ramanan - Sungai Buloh
    Abdullah Sani - Kapar
    Manivanan Govin - Kuala Langat

Wilayah Persekutuan:

    Prabakaran - Batu
    Zahir Hassan - Wangsa Maju
    Nik Nazmi - Setiawangsa
    Fahmi Fadzil - Lembah Pantai
    Wan Azizah Wan Ismail - Bandar Tun Razak
    Dr Nuraisyah - Putrajaya

Perak:

    Anwar Ibrahim - Tambun
    Jurilatif - Lenggong
    Siti Aishah - Bagan Serai
    Kamil Munim - Padang Rengas
    Tan Kar Hing - Gopeng
    Ustaz Nik Omar - Pasir Salak
    Shamsul Iskandar - Bagan Datuk
    Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Pulau Pinang:

    Nurul Izzah - Permatang Pauh
    Fadhlina Sidek - Nibong Tebal
    Sim Tzen Zin - Bayar Baru
    Bakhtiar Wan Chik - Balik Pulau

Kedah:

    Fadzil Ali - Jerlun
    Aizuddin Ariffin - Kubang Pasu
    Simon Ooi - Alor Setar
    Dr Azman Ismail - Kuala Kedah
    Zulkifli Mohamad - Pendang
    Nurin Aina - Merbok
    Taufik Johari - Sungai Petani
    Karupayya - Padang Serai
    Saifuddin Nasution - Kulim Bandar Baharu

Perlis:

     Fathin Amelina Fazlie - Arau
    Amin Ahmad - Kangar

Kelantan:

    Husam Musa - Pasir Musa
    Azmiza Mamat - Bachok
    Rahimi Muhamad - Ketereh
    Supardi - Tanah Merah
    Dr Rosli - Machang
    Asharun Uji - Gua Musang

Terengganu:

    Mohamad Ngah - Setiu
    Alias Ismail - Hulu Terengganu
    Johari Mohamad - Dungun
    Hasuni Sudin - Kemaman

Pahang:

    Abbas Salleh - Bera
    Erman Shah - Rompin
    Hassan Basri - Jerantut
    Zuraidi Ismail - Indera Mahkota
    Fuziah Salleh - Kuantan
    Naim Zainal Abidin - Pekan





Post a Comment

0 Comments