PENGERUSI DAP Perak, Nga Kor Ming menyelar tuduhan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Azmin Ali bahawa Datuk seri Anwar memilih untuk tidak bertanding di Gombak kerana takut ditolak oleh pengundi Melayu.
Sambil mempertahankan tindakan Anwar untuk bertanding di Perak, Kor Ming berkata sekiranya Anwar takut ditolak pengundi Melayu, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu tidak akan memilih kerusi Parlimen Tambun yang dibentuk hampir 60 peratus pengundi Melayu.
“Azmin kata Anwar takut berdepan pengundi Melayu tetapi pengundi Melayu di Tambun membentuk hampir 60 peratus. Ini menunjukkan dia kurang pengetahuan umum.
“Semangat dan keberanian Anwar untuk memasuki sarang singa patut mendapat sanjungan dan sokongan kami. Ia membuktikan beliau seorang pemimpin rakyat,” katanya
Azmin dalam satu majlis di Petaling Jaya dilapor membuat dakwaan kononnya Anwar “lari” ke Tambun kerana mempunyai pengundi Melayu yang lebih sedikit berbanding Gombak.
Sebagai rekod, Parlimen Tambun dikenali sebagai kubu Umno selama lebih lima dekad sebelum jatuh kepada Bersatu melalui HARAPAN pada pilihan raya umum lalu.
![]() |
Azmin berani bertanding kawasan majoriti Cina? |
Sementara itu menurut Kor Ming menggesa pengundi menyokong Anwar, jelasnya apa yang dilakukan calon perdana menteri itu yang berani menyerang kubu lawan telah membuktikan beliau mempunyai kualiti penting untuk menjadi panglima tertinggi Pakatan Harapan.
0 Comments