NAIB KETUA Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Parlimen Batu Rozan Azen Mat Rasip dilapor ditahan dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Sentul malam tadi.
Menurut Malaysiakini, satu mesej yang didakwa daripada Rozan telah tersebar awal malam tadi yang menyatakan beliau baru ditahan polis.
"Saya telah ditahan secara kasar dan paksa dan digari oleh dua orang pegawai polis jam 6 petang tadi di depan Taman Koperasi Polis 2 Batu Muda semasa jalankan kempen periksa kawasan undi," kata mesej itu dipetik laporan berkenaan.
Mesej itu juga mendakwa Rozan membuat pemeriksaan berkenaan susulan empat kes pertukaran kawasan buang undi penduduk Parlimen Batu.
Peguam Rozan, Gurmukh Singh mengesahkan penahanan aktivis masyarakat itu dengan memaklumkan Rozan disiasat mengikut Seksyen 282 Kanun Keseksaan
Dipetik satu laporan dari portal lain, beliau menegaskan adalah tidak masuk akal untuk anak guamnya ditahan kerana menghalang lalu lintas. Beliau berkata Rozan sedang berjalan di sepanjang jalan ketika dia ditahan polis.
"Saya tidak nampak mengapa dia harus ditangkap," kata Gurmukh sambil mengaskan kesalahan Rozan yang didakwa bukanlah satu kesalahan serius kerana ia membawa denda maksimum RM400.
“Saya telah meminta polis membebaskannya dengan jaminan polis. Sekiranya mereka perlu menyoalnya, dia akan memberikan kerjasama.” katanya dipetik.
Rozan sebelum ini mendakwa terdapat beberapa kes pengundi Batu menukar kawasan mengundi tanpa kebenaran dengan empat kes yang disahkan setakat ini, dengan enam lagi aduan dalam siasatan.
Pengundi-pengundi itu jelasnya dipindahkan ke antaranya Parlimen Gombak, Parlimen Wangsa Maju dan Parlimen Kepong.
Rozan dijangka dilepaskan pagi ini |
"Saya dan para pengadu akan buat laporan polis. Seterusnya aduan kepada NGO BERSIH dan kemudiannya kepada badan SPR agar tindakan diambil segera," katanya dipetik.
0 Comments