PRU-15 medan tempur antara masa lalu dan masa depan


PEMIMPIN politik veteran, Lim Kit Siang menyifatkan Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini sebagai medan pertempuran pertempuran antara masa lalu dan masa depan.

Melalui satu kenyataan bagi mengulas pengumuman pembubaran Parlimen oleh Ismail Sabri Yaakob semalam, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, pilihan raya ini akan menentukan sama ada Malaysia akan menjadi negara gagal seperti Sri Lanka atau sebuah negara majmuk bertaraf dunia.

“Akhirnya ia sudah ditentukan. Parlimen sudah dibubarkan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15.

“Pilihannya tidaklah mudah.

“Kerana politik toksik dan perkauman telah meracuni landskap politik Malaysia dalam enam dekad yang lepas, akan muncul sisi terburuknya dalam era maklumat masa kini dengan berita palsu dan fitnah yang diterbitkan sekelip mata.

“Namun, keadaannya tidaklah penuh suram dan tanpa harapan,” katanya sambil menggesa rakyat keluar mengundi bagi memilih, sama ada mahu melihat Malaysia mundur ke masa lampau atau memberanikan diri untuk membina masa hadapan baharu.

Sementara itu Kit Siang berkata, seperti mana Pilihan Raya Umum ke-14 (pada 9 Mei 2018) telah menumbangkan gabungan Umno-BN yang sebelum ini dilihat kebal, tarikh keramat 23 Ogos 2022 pula memberikan harapan bahawa PRU-15 boleh membawa satu lagi keajaiban politik untuk mengembalikan Malaysia kepada prinsip yang termaktub dalam Perlemabagaan dan Rukun Negara.

Pada 23 Ogos, panel lima orang hakim Mahkamah Persekutuan telah menyertai empat orang hakim yang lain dalam bersetuju untuk menghantar bekas Perdana Menteri Najib Razak ke penjara atas kesalahan rasuah.

Masa depan negara kini pada tangan rakyat
Ini kata Kit Siang, menjadi satu bukti bahawa pemulihan kedaulatan undang-undang dan kebebasan badan kehakiman ini bukanlah hanya khayalan, sebaliknya merupakan satu usaha yang sedang berjalan.

“Rakyat Malaysia kini perlu membuat pilihan untuk mengundi memilih masa hadapan yang lebih baik, atau kembali kepada masa lampau yang buruk,” katanya dipetik.

Post a Comment

0 Comments