Oleh: SHAHBUDIN HUSIN | Jabatan Penjara Malaysia akhirnya mengesahkan banduan Najib Razak kini menerima rawatan dan pemantauan lanjut di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).
Dalam satu kenyataan, jabatan itu berkata, selaras dengan Seksyen 37 Akta Penjara, Najib dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan oleh pakar perubatan susulan perintah Mahkamah Tinggi pada 12 September lalu berikutan keadaan kesihatannya yang tidak memuaskan.
“Pada 19 September 2022, pihak HKL telah merujuk Najib ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) untuk rawatan dan pemantauan lanjutan sehingga kini.
“Najib akan dihantar semula ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara sebaik sahaja pihak pakar perubatan HRC atau HKL memberikan pelepasan perubatan ke atas beliau,” kata jabatan itu.
Sejak beberapa hari lalu beredar tulisan tanpa nama di media sosial berhubung dakwaan layanan istimewa yang diberikan terhadap Najib – yang dirujuk dengan kod nama merpati.
Dakwaan itu antaranya melibatkan pengubahsuaian ruang penjara untuk Najib dan rancangan untuk membawa bekas Perdana Menteri itu ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) bagi memudahkannya menerima tetamu dan mendapat kemudahan orang kenamaan (VIP).
Walau tulisan itu sudah beredar secara meluas di alam maya sejak dua hari lalu dan pelbagai komen netizen yang tidak puas hati mengenainya boleh didengari – sekiranya dakwaan itu didapati benar – ia bagaimanapun hanya berjaya menarik perhatian Jabatan Penjara setelah Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli turut membangkitkannya semalam.
Selain meminta kerajaan menjelaskan tentang dakwaan tersebut, Rafizi juga mengaitkan dengan tulisan di media sosial Najib yang seolah-olah memperlihatkan beliau mempunyai akses bebas kepada dunia luar, yang mungkin mengesahkan dakwaan berkaitan layanan istimewa kepada merpati di penjara.
Berikutan Jabatan Penjara akhirnya tampil mengesahkan Najib sedang dirawat di HRC, mahu tidak mahu harus kita akui, mujurlah ada Rafizi bersuara mengenainya.
Jika tanpa beliau bersuara, mungkin sampai sekarang kita tidak tahu Najib sedang berada di HRC dan bukan di Penjara Kajang.
Bahkan, tanpa desakan Rafizi juga, kita juga tidak mungkin tahu bahawa Najib sudah berada di HRC sejak 19 September lagi.
Meskipun Jabatan Penjara memaklumkan bahawa Najib akan dihantar kembali ke Penjara Kajang sebaik pakar perubatan HRC dan HKL memberi pelepasan perubatan kepadanya, jika tidak dibangkitkan oleh Rafizi, mungkin tiada siapa tahu berapa lama beliau akan berada di HRC itu.
Seorang teman menghubungi sebentar tadi, jika tidak didedahkan dan seterusnya tidak dibangkitkan oleh Rafizi, entah-entah Najib akan ditempatkan lebih lama di HRC yang berhawa dingin berbanding Penjara Kajang yang hanya ada katil dan kipas saja.
Dalam hal ini, selain suara Rafizi yang jelas terlihat ada kuasa yang mampu membuatkan pihak berkuasa tidak berdiam diri, penulis tanpa nama yang mendedahkan hal berkaitan merpati itu juga ada peranannya yang tersendiri kepada kita semua.
Tanpa pendedahan itu, barangkali banyak lagi benda-benda yang kita tidak tahu berkenaan dengan Najib akan terus tersembunyi begitu saja.
Harapnya selepas ini, mereka tanpa nama itu akan terus mendedahkan kepincangan dan layanan istimewa yang tidak sepatutnya yang diberikan kepada Najib sepanjang tempoh pemenjaraannya.
Di samping kesalahan rasuah Najib adalah serius dan beliau harus diberi hukuman yang sewajarnya sebagai pengajaran kepada dirinya dan orang lain, beliau juga belum pun sampai sebulan lagi dimasukkan ke penjara.
Ehh…takkan belum sampai sebulan di penjara sudah tak mampu menghadapinya – mana jeritan lawan tetap lawan dan berbangga selama ini dengan darah pahlawan Bugis yang mengalir dalam tubuhnya?
SHAHBUDIN HUSIN ialah penganalisis isu semasa, bekas wartawan di tahun 80an hingga 90an dan juga penulis buku.
Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan ia tidak semestinya mencerminkan pendirian KartelMedia

Jika tidak rakyat tak tahu Najib di HR |

0 Comments