KERAJAAN Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak dapat melaksanakan reformasi sepenuhnya sepanjang 22 bulan pentadbirannya kerana ia dipimpin oleh seorang pemimpin “bukan reformis”.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media di Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT) di Bangkok merujuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad yang memimpin gabungan itu sebelum meletak jawatan yang akhirnya berkesudahan dengan mandat rakyat dirampas melalui 'Langkah Sheraton'
Mengulas lanjut apa yang didakwanya, Anwar berkata Mahathir dalam tugasnya sebagai perdana menteri ketujuh, telah kembali kepada politik perkauman yang bertentangan dengan agenda HARAPAN yang diasaskan dengan sokongan politik berbilang kaum.
Selepas menjadi perdana menteri buat kali kedua, beliau berkata, Mahathir kembali berpolitik dengan nada perkauman yang kuat, termasuk menghadiri kongres Melayu yang melaungkan ketuanan Melayu.
“Kita (HARAPAN) memang buat beberapa langkah, reformasi, tapi separuh hati kerana pemimpin kononnya kerajaan reformasi ini bukan reformis.
“Dia tidak percaya kepada pembaharuan,” kata Anwar.
Sebagai rekod, Mahathir mengasaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang dianggap serpihan Umno pada 2016, parti itu diluluskan secara rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan sebagai parti politik pada Januari 2017.
Mereka memasuki Pilihan Raya Umum ke-14 lalu sebagai salah sebuah parti yang menganggotai HARAPAN.
Selepas Langkah Sheraton, Mahathir kemudian mengasaskan pula Parti Pejuang Tanah Air- serpihan parti Bersatu dengan diketuai anaknya, Mukhriz Mahathir dengan Ahli Parlimen Langkawi itu sendiri bertindak sebagai Pengerusi.
Mahathir dikritik susulan tindakannya meletak jawatan secara tiba-tiba pada Februari 2020 tanpa membincangkannya dengan pemimpin lain dalam kerajaan.
Beberapa kenyataan Mahathir termasuk 'manifesto bukan kitab suci' turut dikritik ramai.
Malah tindakan pemimpin senior itu tidak menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar seperti yang telah dijanjikannya turut dipersoal penyokong HARAPAN.
Sementara itu Anwar ketika sidang media di Bangkok itu turut menyatakan keyakinan bahawa HARAPAN boleh sekali lagi memperoleh mandat dari rakyat walaupun tanpa Mahathir dalam gabungan itu.
Ia berasaskan perpecahan dalam gabungan pemerintah seperti yang ditunjukkan oleh pertelingkahan antara Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang menyebabkan rakyat tidak lagi yakin kepada kedua-dua entiti politik itu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media di Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT) di Bangkok merujuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad yang memimpin gabungan itu sebelum meletak jawatan yang akhirnya berkesudahan dengan mandat rakyat dirampas melalui 'Langkah Sheraton'
Mengulas lanjut apa yang didakwanya, Anwar berkata Mahathir dalam tugasnya sebagai perdana menteri ketujuh, telah kembali kepada politik perkauman yang bertentangan dengan agenda HARAPAN yang diasaskan dengan sokongan politik berbilang kaum.
Selepas menjadi perdana menteri buat kali kedua, beliau berkata, Mahathir kembali berpolitik dengan nada perkauman yang kuat, termasuk menghadiri kongres Melayu yang melaungkan ketuanan Melayu.
“Kita (HARAPAN) memang buat beberapa langkah, reformasi, tapi separuh hati kerana pemimpin kononnya kerajaan reformasi ini bukan reformis.
“Dia tidak percaya kepada pembaharuan,” kata Anwar.
Sebagai rekod, Mahathir mengasaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang dianggap serpihan Umno pada 2016, parti itu diluluskan secara rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan sebagai parti politik pada Januari 2017.
Mereka memasuki Pilihan Raya Umum ke-14 lalu sebagai salah sebuah parti yang menganggotai HARAPAN.
Selepas Langkah Sheraton, Mahathir kemudian mengasaskan pula Parti Pejuang Tanah Air- serpihan parti Bersatu dengan diketuai anaknya, Mukhriz Mahathir dengan Ahli Parlimen Langkawi itu sendiri bertindak sebagai Pengerusi.
Mahathir dikritik susulan tindakannya meletak jawatan secara tiba-tiba pada Februari 2020 tanpa membincangkannya dengan pemimpin lain dalam kerajaan.
Beberapa kenyataan Mahathir termasuk 'manifesto bukan kitab suci' turut dikritik ramai.
Malah tindakan pemimpin senior itu tidak menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar seperti yang telah dijanjikannya turut dipersoal penyokong HARAPAN.
Mahathir bukan seorang reformis, tegas Anwar |

0 Comments