DAKWAAN pihak tertentu kononnya DAP akan berkuasa jika Pakatan Harapan (HARAPAN) menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hanya bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat terutama orang Melayu.
Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman sambil membidas dakwaan itu berkata, gabungan itu telah membuktikan hak dan keistimewaan orang Melayu tidak terganggu seperti dicanangkan.
Malah apabila gabungan itu memenangi PRU14 yang lalu, Perdana Menteri tetap dipilih dalam kalangan orang Melayu.
"Dulu, kenyataan begitu (DAP berkuasa) selalu dikatakan oleh pemimpin UMNO yang mana mereka nak menakut-nakutkan orang Melayu supaya jangan memilih PH.
"Agaknya untuk PRU15 ini, UMNO subkontrak peranan itu pada MIC pula kerana mereka tiada modal untuk meraih undi rakyat melainkan dengan kenyataan provokasi sebegitu," katanya dipetik laporan Sinar Harian.
MK Ibrahim berkata begitu sebagai mengulas dakwaan Timbalan Presiden MIC, M Saravanan yang DAP akan menjadi penentu pemerintahan negara jika gabungan itu memenangi PRU akan datang dengan Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik Perdana Menteri.
Sementara itu ujarnya, budaya menakut-nakutkan rakyat dengan memainkan isu kaum adalah tidak sihat dan boleh menggugat keamanan negara.
Malah tambahnya, beliau percaya rakan-rakan dalam gabungan itu sendiri tidak akan membiarkan jika hak dan keistimewaan orang Melayu diganggu gugat.
Mengambil contoh apa yang dilakukan pentadiran Pinang di ketuai DAP, ia jelasnya cukup sebagai bukti tiada penindasan berlaku terhadap orang Melayu seperti cuba dimomokkan sesetengah pihak.
Malah agensi agama di negeri itu juga diberi peruntukan lebih besar berbanding pentadbiran terdahulu.
Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman sambil membidas dakwaan itu berkata, gabungan itu telah membuktikan hak dan keistimewaan orang Melayu tidak terganggu seperti dicanangkan.
Malah apabila gabungan itu memenangi PRU14 yang lalu, Perdana Menteri tetap dipilih dalam kalangan orang Melayu.
"Dulu, kenyataan begitu (DAP berkuasa) selalu dikatakan oleh pemimpin UMNO yang mana mereka nak menakut-nakutkan orang Melayu supaya jangan memilih PH.
"Agaknya untuk PRU15 ini, UMNO subkontrak peranan itu pada MIC pula kerana mereka tiada modal untuk meraih undi rakyat melainkan dengan kenyataan provokasi sebegitu," katanya dipetik laporan Sinar Harian.
MK Ibrahim berkata begitu sebagai mengulas dakwaan Timbalan Presiden MIC, M Saravanan yang DAP akan menjadi penentu pemerintahan negara jika gabungan itu memenangi PRU akan datang dengan Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik Perdana Menteri.
Sementara itu ujarnya, budaya menakut-nakutkan rakyat dengan memainkan isu kaum adalah tidak sihat dan boleh menggugat keamanan negara.
Malah tambahnya, beliau percaya rakan-rakan dalam gabungan itu sendiri tidak akan membiarkan jika hak dan keistimewaan orang Melayu diganggu gugat.
![]() |
Orang Melayu masih takut pada DAP |

0 Comments