KERAJAAN pimpinan Ismail Sabri Yaakob digesa mengambil tindakan segera bagi menangani krisis kenaikan harga barang dan kejatuhan teruk mata wang negara.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook berkata, permasalahan terbabit nyata amat memberi kesan kepada rakyat dan negara dan ia perlu ditangani segera.
Susulan itu beliau memaklumkan sudah mengutus surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri supaya ia dapat diambil tindakan segera.
“Justeru itu, saya mencadangkan sama ada kerajaan untuk membawa usul khas terkait permasalahan ini atau memberi laluan kepada saya selaku Ketua Pembangkang bagi mengemukakannya.
“Saya turut mencadangkan agar permasalahan ini diberi keutamaan untuk dibahas dalam minggu pertama sidang Parlimen yang akan bermula 3 Oktober depan,” katanya dalam hantaran itu.
Isu kenaikan harga barang dan kejatuhan mata wang negara mendapat perhatian masyarakat ketika ini dengan pelbagai pihak mengetengahkan kebimbangan masing-masing.
Pakar ekonomi juga berpendapat, kenaikan harga barang dijangka berlaku susulan peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) buat kali ketiga dalam tempoh setahun.
Kenaikan harga tersebut melibatkan barangan tertentu, seperti makanan dan perkhidmatan.
![]() |
Anwar gesa isu ekonomi diberi keutamaan |
Lebih ramai pelabur dikatakan beralih kepada mata wang selamat itu ekoran prospek ekonomi global tidak menentu.
0 Comments