Angkasawan paling lama tinggal di orbit meninggal dunia


VALERY VLADIMIROVICH POLYAKAV, Angkasawan paling lama direkodkan menetap di stesen angkasa lepas meninggal dunia pada usia 80 tahun.

Berita kematian Polyakov itu diumumkan agensi angkasa lepas Rusia, Roscosmos pada Isnin.

Agensi berita AP melaporkan Polykov mencatat tempoh selama 437 hari di angkasa lepas bermula 8 Januari 1994, apabila dia dan dua lagi angkasawan menyertai perjalanan selama dua hari ke stesen angkasa lepas Soviet, Mir

Dia mengorbit Bumi lebih daripada 7,000 kali, sebelum akhirnya pulang pada 22 Mac 1995.

Tokoh angkasawan itu juga sebelumnya telah menyertai misi di angkasa lepas selama 288 hari pada tahun 1988-1989.

Sewaktu mendarat, Polyakov menolak bantuan untuk diusung keluar dari kapsul Soyuz untuk dibawa ke kenderaan yang disediakan. Dia hanya dibantu sedikit sewaktu hendak keluar dari kapsul. Seterusnya, dia sendiri berjalan kaki untuk ke sebuah kenderaan khas yang menantinya.

Lazimnya, angkasawan perlu dipapah dan diusung sekumpulan petugas supaya tubuh mereka dapat membiasakan semula dengan tarikan graviti.

Bertugas 22 bulan di angkasa
Polyakov yang dilatih sebagai petugas perubatan mahu menunjukkan kepada umum bahawa tubuh manusia mampu bertahan walau sudah dalam tempoh yang lama di angkasa lepas.

Jika dicampurkan secara keseluruhan, sepanjang hayatnya, dia pernah bertugas di angkasa lepas selama 22 bulan.

Pengumuman oleh agensi angkasa lepas Roscosmos walau bagaimanapun tidak menyatakan sebab kematiannya.

Post a Comment

0 Comments