PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN) mengingatkan rakyat Malaysia agar dapat memastikan negara tidak dirompak lagi.
Berucap dalam sambutan Hari Malaysia di Dataran Melang, Kuala Pilah pada Jumaat lalu, Presiden KEADILAN itu berkata Hari Malaysia dan kemerdekaan negara haruslah dimaknakan dengan tepat agar seluruh rakyat dapat memahami dan menghayatinya dengan betul.
Anwar turut menyatakan rasa bimbang sekiranya makna sambutan Hari Malaysia dan kemerdekaan disalah ertikan, rakyat terutama generasi muda akan hilang rasa cinta kepada negara.
“Dahulu orang Inggeris jadi penjajah, curi harta kita. Sekarang negara kita dirompak oleh orang yang sewarna kulit dengan kita.
“Kita mesti hentikan perkara ini agar rakyat sendiri yang mentadbir negara dengan hentikan penindasan dan bebaskan rasuah bagi mewarnai kemerdekaan," katanya.
Tambah Anwar, rakyat juga perlu bangkit bagi memastikan negara dapat dibebaskan dari segala bentuk penghambaan.
“Ini tidak, merdeka tetapi kamu tindas orang Melayu, hidup Melayu tetapi tanah Melayu yang kamu sapu, hidup Melayu tetapi balak di hutan yang hilang.
“Bangsat sungguh,” tegas Anwar lagi.
Difahamkan sambutan hari Malaysia Pakatan Harapan Peringkat Kebangsaan 2022 itu dihadiri lebih 5,000 orang yang hadir secara fizikal dan puluhan ribu orang lagi melalui media sosial.Anwar ajak hapus penindasan, lawan rasuah
Turut berlangsung persembahan kebudayaan pelbagai kaum, artis dan deklamasi sajak.
Kemuncak sambutan ialah ucapan daripada Anwar Ibrahim selain Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu; Presiden UPKO, Wilfred Madius Tangau dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.
0 Comments