PENGANALISIS politik berbeza pendapat tentang masa depan Umno, selepas ‘jeneral’ media sosialnya dihumbankan ke penjara.
Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya (UM) ketika mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan semalam dalam kes rayuan Najib Razak berkata, peluang untuk Pakatan Harapan (HARAPAN) kini meningkat.
Dipetik laporan FMT, Awang Azman berkata, beliau percaya Ahli Parlimen Pekan itu menjadi penghalang terbesar aspirasi HARAPAN apabila dia bebas menyerang gabungan itu melalui ucapan dan penulisannya terutama di media sosialnya.
“Sabitan terhadap Najib mengakibatkan Umno hilang taringnya,” kata sambil mengakui serangan berterusan Najib terhadap HARAPAN membawa kepada gabungan itu hilang kepercayaan rakyat.
Najib yang dalam sumpah Mubahalah terbaharunya mendakwa tidak menyedari sama ada secara langsung atau tidak bahawa duit sebanyak RM42 juta yang masuk ke akaunnya adalah dari SRC International dihantar ke Penjara Kajang pada petang Selasa bagi menjalani hukuman penjara 12 tahun atas 7 sabitan kesalahan jenayah.
Desas desus menyatakan dia akan menjalani tempoh kuarantin Covid-19 di penjara itu sebelum dipinahkan ke Penjara Sungai Buloh.
Sementara itu, Felo Majlis Profesor Jeniri Amir menyatakan pandangan berbeza behubung keputusan Mahkamah semalam.
Beliau menganggap sabitan terhadap Najib itu mampu meraih undi simpati daripada penyokongnya untuk Umno dan BN.
“Malah mungkin mereka yang menyokong Umno tetapi tidak menyukai Najib kembali ke parti itu.” katanya dipetik.
Bagaimana pun jelasnya, jika pilihan raya diadakan lewat dan tanpa kekuatan Najib menyokong BN, tidak mustahil HARAPAN mampu mendapat semula sokongan rakyat.
Semalam Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail memberi amaran supaya penyokong HARAPAN tidak terleka dengan keputusan Mahkamah mengekalkan sabitan terhadap Najib.
Tegasnya, dengan terpenjaranya bekas Presiden Umno itu, HARAPAN tidak sendirinya akan bertambah kuat melainkan dengan usaha dan ikhtiar sendiri.
“HARAPAN tidak terus kuat hanya kerana Najib dihukum penjara. HARAPAN hanya akan kuat dengan usaha dan ikhtiar sendiri.
“Justeru saya tidak pernah memilih Najib sebagai sasaran kerana mengikuti kes mahkamah yang beliau hadapi, ia soal masa sebelum beliau dipenjarakan,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.
Walaubagaimanapun beliau menjangkakan Umno akan menerima kesan dari peristiwa semalam. Umno jelasnya akan terus bergolak berikutan keputusan mahkamah terhadap Najib itu.
“Jika Najib dianggap liabiliti, kini liabiliti itu sudah dihukum dan Umno sedikit dilihat ‘bersih’.
“Jika Najib dilihat sebagai aset, Umno akan kehilangan watak yang ‘popular’, yang dilihat berjaya pulihkan Umno selepas kalah PRU14 yang lalu.
“Rasa tak puas hati terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan memuncak. Ismail dilihat ‘cuci tangan’ dan ini tidak dapat diterima oleh ahli-ahli Umno yang menyokong Najib,” katanya.

HARAPAN mesti berusaha jadi lebih kuat |

0 Comments