KETUA PEMBANGKANG Anwar Ibrahim percaya pihak penjara akan memberi layanan baik kepada bekas perdana menteri yang kini dipenjarakan, Najib Razak.
Dipetik wawancara bersama CNBC berkata, beliau difahamkan Najib akan ditempatkan dalam penjara lebih baik daripada diterimanya pada awal 2000.
“Dari apa yang saya faham daripada ‘rakan’ lama (yang juga) pegawai penjara, beliau akan diberikan layanan lebih baik, beliau akan diberi beberapa kemudahan,” katanya.
“Namun, penjara bukan tempat yang selesa. Ia sukar, terutama nak dibandingkan gaya hidup (Najib) seperti hotel tujuh bintang. Beliau akan berdepan pengalaman sukar,” kata Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri itu.
Pada Selasa, Najib yang merupakan Ahli Parlimen Pekan dihantar ke Penjara Kajang setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya berhubung kesalahan jenayah dalam kes SRC International yang merupakan anak syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Keputusan itu menjadikan Najib sebagai bekas perdana menteri pertama dalam sejarah negara ini dipenjara.
Tidak lama selepas dihantar ke Penjara, tersebar di media sosial kononnya bekas Presiden Umno itu akan menerima layanan istimewa dalam Penjara, namun dakwaan itu disangkal Jabatan Penjara.
Selepas rayuannya ditolak Mahkamah Persekutuan,Najib kini mempunyai pilihan untuk memfailkan petisyen dalam tempoh 14 hari bagi mendapatkan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong atau kehilangan statusnya sebagai ahli parlimen Pekan.Najib bakal lalui pengalaman sukar dalam penjara
Bagaimanapun Anwar, melalui pengalamanya berkata, Najib berdepan situasi amat sukar untuk mencabar sabitan dan hukumannya walaupun boleh memohon pengampunan memandangkan impak kewangan berhubung skandal kewangan itu.
0 Comments