PENERBIT dan pengarah filem terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri mengumumkan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Dipetik laporan media,bekas pemain watak utama sitkom popular Spanar Jaya itu berkata, terdapat banyak masalah dalaman Bersatu selain janji-janji yang tidak dikota sepanjang bersama parti itu
“Sudah tiada lagi (bersama Bersatu). Masalah banyak hanky-panky (perkara tak wajar), ada ‘mainan’ ketua bahagian yang tidak senang dengan saya, ada juga janji yang saya tidak dapat," katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.
Ahmad Idham menyertai Bersatu pada April lalu dan 'dilantik' sebagai Ketua Cawangan Bersatu Pinggiran Ukay, Bahagian Ampang dengan matlamat mempertingkat pembangunan dan kesedaran terhadap hab pendidikan khas untuk golongan anak istimewa.
Pada Nov 2021, pengarah filem Hantu Bonceng itu dilantik sebagai setiausaha kebudayaan, Kementerian Luar Negeri di Wisma Putra.
Bagaimanapun, hanya lima bulan selepas pelantikan itu, khidmatnya ditamatkan menerusi surat bertarikh 23 Feb.
Mengulas lanjut sikap tidak profesional parti itu, beliau menjelaskan bahawa tidak memegang jawatan ketua Cawangan Bersatu Pinggiran Ukay, Bahagian Ampang seperti dilaporkan sebaliknya lebih berperanan sebagai ahli parti biasa.
“Saya hanya ahli biasa. Pasal jawatan sebagai ketua cawangan, itu mereka (parti) yang cakap, tetapi buat tidak tahu. Dokumen pun tiada,” kata bekas ketua pegawai eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu.
Dipetik laporan media,bekas pemain watak utama sitkom popular Spanar Jaya itu berkata, terdapat banyak masalah dalaman Bersatu selain janji-janji yang tidak dikota sepanjang bersama parti itu
“Sudah tiada lagi (bersama Bersatu). Masalah banyak hanky-panky (perkara tak wajar), ada ‘mainan’ ketua bahagian yang tidak senang dengan saya, ada juga janji yang saya tidak dapat," katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.
Ahmad Idham menyertai Bersatu pada April lalu dan 'dilantik' sebagai Ketua Cawangan Bersatu Pinggiran Ukay, Bahagian Ampang dengan matlamat mempertingkat pembangunan dan kesedaran terhadap hab pendidikan khas untuk golongan anak istimewa.
Pada Nov 2021, pengarah filem Hantu Bonceng itu dilantik sebagai setiausaha kebudayaan, Kementerian Luar Negeri di Wisma Putra.
Bagaimanapun, hanya lima bulan selepas pelantikan itu, khidmatnya ditamatkan menerusi surat bertarikh 23 Feb.
Ahmad Idham dakwa banyak janji tak dipenuhi |

0 Comments