KEPUTUSAN lima panel hakim mahkamah persekutuan yang mengekalkan sabitan terhadap Najib Razak semalam dianggap satu kemenangan buat rakyat Malaysia.
Setiausaha agung DAP, Anthony Loke, berkata begitu sebaik keputusan berhubung rayuan Ahli Parlimen Pekan itu diumumkan.
"Hari ini merupakan hari kemenangan untuk rakyat Malaysia yang berani membuat perubahan pada 9 Mei 2018!
"Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini juga merupakan kemenangan untuk sistem demokrasi negara," katanya dalam satu hantaran di Facebook lewat petang semalam.
Loke berkata, keputusan itu merupakan permulaan baik kepada negara iaitu tiada siapa yang bakal terlepas daripada menerima hukuman tanpa mengira status seseorang.
"Keputusan ini adalah amaran kepada semua pemimpin politik yang diberikan kuasa dan mandat oleh rakyat supaya jangan sesekali menyalahgunakan kuasa untuk memperkayakan diri sendiri.
“Orang yang paling berkuasa sekalipun, yakni, perdana menteri, boleh dijatuhkan oleh rakyat dan menghadapi penghakiman mahkamah. Satu permulaan baru untuk Malaysia,” tambahnya.
Mahkamah Persekutuan semalam mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib Razak dalam kes rasuah melibatkan SRC International Sdn Bhd melibatkan dana RM42 juta.
Keputusan itu dibuat secara sebulat suara oleh panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tengku Mat.
Selain Tengku Maimun, empat lagi yang mendengar permohonan Najib ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Abang Iskandar Abang Hashim, selain hakim kanan P Nallini,
Selepas keputusan dibacakan, beberapa anggota polis dilihat menghampiri Najib di kandang tertuduh bagi melaksanakan hukuman penjara itu.
Loke anggap kemenangan buat rakyat |
Sementara itu, ahli parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran berkata keputusan panel lima hakim Mahkamah Perskeutuan hari ini menunjukkan tiada sesiapa yang boleh mengatasi undang-undang.
“Sabitan terhadap Najib menunjukkan tiada yang mengatasi undang-undang termasuk ahli politik dan kebebasan badan kehakiman telah diperkukuh/diperkuat," katanya.
0 Comments