Skandl LCS: Seorang bekas pegawai BNS dituduh pecah amanah


SEORANG individu bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard (BNS) dijangka bakal dihadapkan ke Mahkamah pagi ini berhubung isu pembinaan enam Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Bernama dalam laporannya berkata, Jemputan media yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lewat petang semalam yang memaklumkan mengenai pertuduhan terhadap individu dipercayai
bekas naib pengerusi eksekutif itu hari ini.

Manakala seorang sumber memberitahu agensi berita itu, “seorang lelaki berusia hampir 80 tahun” akan didakwa atas tiga pertuduhan melibatkan kesalahan pecah amanah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan mengikut Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dengan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, akhbar berbahasa Inggeris, The Star, juga memetik sumber menyebut bahawa suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi. Semakan sistem mahkamah, kes itu akan didengar di hadapan Hakim Suzana Hussin.

“Ya, kami mengenakan pertuduhan ke atas individu tertentu esok (Selasa),” lapor akhbar itu.

Skandal berhubung kapal tempur menarik perhatian ramai apabila Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam laporannya mendedahkan kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), yang dilaksanakan secara runding terus, namun tiada kapal yang diterima setakat ini.

Walaupun kerajaan telah membayar jumlah yang besar, tiada satu pun kapal telah disiapkan selepas lapan tahun; projek ini dimulakan pada tahun 2014.

Rakyat mahu tahu siapa khianat negara
SPRM pada 11 Ogos dilaporkan berkata mereka telah menyelesaikan beberapa siasatan terhadap individu tertentu yang dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan dalam mengendalikan projek berkenaan.

Bekas Perdana Menteri Najib Razak, bekas Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi dan Hishamuddin Hussein yang menjawat jawatan itu sekarang turut dipersoalkan mengenai kelewatan projek itu.

Post a Comment

0 Comments