SEJARAH pekerjaan Hakim Nazlan Ghazali sebagai kaunsel kepada Maybank bukan halangan untuk mendengar perbicaraan SRC International membabitkan Najib Razak, kata Timbalan Pendakwa Raya Kanan V Sithambaram.
Dalam penghujahannya ketika prosiding permohonan Najib memasukkan keterangan baharu dalam bentuk dokumen tambahan dalam kes dihadapinya berkata, sejarah pekerjaan Nazlan itu tidak bermaksud berlakunya konflik kepentingan, malah pembabitan Nazlan dalam Kumpulan Maybank sudah menjadi pengetahuan umum sebelum beliau diangkat sebagai hakim, pada 2015 dan sebelum bermulanya perbicaraan SRC, pada April 2019 bermula.
“Maybank ada melakukan beberapa kerja untuk SRC dan mereka dibayar RM800,000 sebagai yuran.
“Jadi, apa salahnya jika Nazlan pernah bekerja dengan bank,” soal Sithambaram.
Dalam permohonannnya, Najib berhujah Nazlan sepatutnya menarik diri daripada mendengar perbicaraan susulan konflik kepentingan kerana hakim itu pernah menjadi kaunsel dan setiausaha syarikat Kumpulan Maybank.
Bekas perdana menteri itu mendakwa Nazlan gagal mendedahkan pembabitannya dalam penubuhan SRC dan pinjaman diluluskan dan pemberian kemudahan pinjaman dan kredit untuk manfaat SRC dan 1MDB.
Sithambaram sementara itu berkata, dakwaan konflik membabitkan Nazlan boleh dibangkitkan pihak pembelaan ketika pemeriksaan balas saksi dalam perbicaraan.
Malah menurutnya, adalah tidak munasabah bagi pihak pembelaan mencabar keputusan Nazlan bahawa Najib mempunyai kawalan “menyeluruh” ke atas SRC hanya kerana kedudukan terdahulunya di bank berkenaan.
Walaupun benar bank berkenaan memberi konsultasi kepada SRC, namun ia jelasnya tidak sampai ke tahap Nazlan memberi nasihat berhubung penubuhan SRC.
Pada 28 Jul 2020, Najib disabit bersalah terhadap tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah ke atas dana SRC International berjumlah RM42 juta. Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Nazlan.
Pada 8 Dis tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan terhadapnya. Bagaimanapun, Najib bebas sementara menunggu keputusan rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan.
Sejarah pekerjaan Nazlan dah diketuai umum |
Tindakan itu menurut mereka seolah-olah mahu mencemar nama hakim yang menjatuhkan hukuman terhadap bekas perdana menteri itu.
“Ia seperti mahu mencemarkan nama Nazlan sebagai hakim,” tambah pihak pendakwaan seperti dilapor media.
0 Comments