KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji tindakan pantas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat kontroversi pembinaan enam kapal kapal tempur persisir (LCS)
Walau bagaimanapun Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu melalui satu perkongsian video mengingatkan suruhanjaya itu agar jangan hanya mengambil tindakan terhadap orang bawahan sahaja.
Anwar berkata, dalam isu perolehan kapal milik tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melibatkan kos RM9 bilion, sukar untuk dipercayai tiada penglibatan tokoh-tokoh politik didalam skandal itu.
“Saya ucap tahniah kerana SPRM memulakan (tindakan) tapi saya nak ingatkan, ini soal rakyat, bukan lagi soal dua tiga isu teknikal.
“Nak tekan, nak ambil tindakan jangan di peringkat bawah sahaja. Ya, kalau mereka bertanggungjawab, harus (dikenakan tindakan).
“Tapi saya tak percaya satu keputusan melibatkan bilion ringgit itu tidak melibatkan tokoh-tokoh politik besar,” katanya dipetik.
Pada Selasa, bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan pecah amanah dana syarikat itu berjumlah RM21.08 juta berhubung projek pembinaan LCS bagi perolehan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Bekas Panglima Tentera Laut berusia 78 tahun itu mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.
Mengikut pertuduhan pertama, Ahmad Ramli sebagai pengarah urusan BNS yang diamanahkan dengan penguasaan dana syarikat itu telah melakukan pecah amanah ke atas harta tersebut dengan meluluskan pembayaran berjumlah RM13,541,140 ke akaun Syarikat Setaria Holding Limited, Standard Chartered Bank, 6 Battery RD, Singapura tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah BNS.
Projek LCS menarik perhatian negara selepas PAC melaporkan tiada satu kapal pun berjaya disiapkan dan diserahkan kepada TLDM walaupun kerajaan telah membelanjakan RM6 bilion.
Perolehan enam LCS telah diberi kelulusan oleh Kementerian Kewangan untuk dilaksanakan secara rundingan terus dengan nilai kontrak berjumlah RM9.128 bilion.
Tempoh kontrak bermula pada 3 Okt 2013 hingga 2 Okt 2023 dengan tujuan perolehan bagi meningkatkan keupayaan TLDM dalam melaksanakan pelbagai operasi.
Sementara itu Anwar dalam rakaman videonya menegaskan bahawa pendakwaan di mahkamah berhubung kes LCS jelas membuktikan apa disuarakannya selama ini adalah benar.
“Ada beberapa kalangan ‘macai-macai’ nak pertahankan rasuah besar-besaran yang merompak harta rakyat.
“Ini tak boleh dipandang ringan, kalau dalam satu negara di mana rasuah besar mahu dipertahankan, kes 1MDB dipertahankan, kes LCS dipertahankan, seolah-olah tiada kecurangan berlaku,” katanya.
Anwar juga turut membangkitkan persoalan kepada SPRM kenapa sekarang mahu menyiasat perkara itu.
“Saya mahu jawapan SPRM mengapa dilengahkan tindakan (selama) puluhan tahun terhadap Perdana Menteri, menteri kewangan dan menteri pertahanan yang bertanggungjawab,” katanya lagi.

Jangan pandang ringan rasuah dan penyelewengan |

0 Comments