BEKAS Perdana Menteri, Najib Razak didakwa berbohong dan cuba mengelirukan rakyat apabila cuba menuduh kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sebagai punca kelewatan projek kapal tempur pesisir (LCS).
Mohamad Sabu yang merupakan menteri pertahanan pada era pentadbiran HARAPAN menolak dakwaan Najib Razak bahawa Pakatan Harapan (PH) telah membekukan projek kapal tempur pesisir (LCS) ketika mereka berkuasa.
Melalui satu kenyataan bersama timbalannya ketika itu Liew Chin Tong, mereka sebaliknya berkata bahawa projek bernilai RM9 bilion itu sememangnya telah mengalami masalah kewangan ketika negara ditabdir Barisan Nasional (BN) yang diketuai Najib.
“Tohmahan Najib bahawa HARAPAN telah membeku projek LCS selama 15 bulan untuk siasatan adalah satu penipuan.
"syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) yang diberikan projek itu telah berhutang dengan institusi kewangan sebanyak RM869 juta, sementara RM767 juta kepada pengilang peralatan asal (OEM) setakat Ogos 2019. Hutang-hutang lain adalah RM 102.2 juta.
"Jumlah hutang pada Ogos 2019 adalah sebanyak RM 1.738 billion.
“(Ia menyebabkan) Ramai sub-kontraktor dan OEM tidak lagi teruskan kerja kerana hutang. Kerajaan HARAPAN tidak ‘membeku’ projek LCS,” jelas mereka.
Najib dalam kenyataannya baru-baru ini mendakwa projek LCS terbengkalai kerana HARAPAN menangguhkannya pada September 2019. Malah dia menuduh HARAPAN “tengok sahaja” dan “membisu” ketika LCS pertama gagal diserahkan pada 2019.
“Garis masa membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Harapan bukan punca projek LCS lambat. Status kemajuan projek LCS sepatutnya mencapai 49.12 peratus pada Januari 2016 tetapi hanya siap 39.67 peratus.
“Pada Januari 2017, kemajuan projeknya sepatutnya 59.35 peratus tetapi hanya siap 46.99 peratus manakala dijangka siap 70.58 peratus pada Januari 2018 tetapi hanya siap 50.15 peratus.
“Pada Januari 2020, projek itu sepatutnya siap 82.41 peratus tetapi hanya siap 56.39 peratus dengan variance sebanyak -26.02 peratus. Sampai hari ini, reka bentuk terperinci belum siap,” tegas mereka.

BACA:Najib jangan pusing-pusing, berhenti kelirukan rakyat
Bagi tujuan kawalan mutu, reka bentuk LCS yang dihasilkan oleh syarikat BNS tertakluk kepada kelulusan Naval Group sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap reka bentuk.
Ia diikuti pemeriksaan dan pengesahan oleh Bureau Veritas, sebuah badan bebas antarabangsa yang memastikan reka bentuk kapal perang menepati syarat, seperti yang ditetapkan dalam kontrak.
Sementara itu, Mat Sabu dan Liew meminta Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein menjelaskan sama ada penggunaan dana LCS untuk membiayai hutang lapuk projek Kapal Peronda Generasi Baharu (NGPV) sebagai satu kesalahan jenayah.
Ia susulan kenyataan kenyataan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Ahmad Nazim Abdul Rahman bahawa BNS terpaksa menggunakan sebahagian daripada dana perolehan LCS untuk membayar hutang lapuk projek lain.
“Kami terkejut dengan kenyataan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Ahmad Nazim Abdul Rahman bahawa sebahagian daripada dana LCS digunakan untuk membiayai hutang lapuk BNS untuk projek lama, iaitu NGPV yang bermula pada 1998 dan berakhir pada 2010 dengan ‘rescue fund’ daripada kerajaan sebanyak RM1.4 bilion tanpa sebarang pertambahan peralatan mahupun ‘scope of work’.
“Hishamuddin mesti jawab adakah dia bersetuju dengan Ahmad Nazim bahawa dana LCS boleh digunapakai untuk membayar hutang NGPV.” soal mereka.
Bagi tujuan kawalan mutu, reka bentuk LCS yang dihasilkan oleh syarikat BNS tertakluk kepada kelulusan Naval Group sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap reka bentuk.
Ia diikuti pemeriksaan dan pengesahan oleh Bureau Veritas, sebuah badan bebas antarabangsa yang memastikan reka bentuk kapal perang menepati syarat, seperti yang ditetapkan dalam kontrak.
Sementara itu, Mat Sabu dan Liew meminta Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein menjelaskan sama ada penggunaan dana LCS untuk membiayai hutang lapuk projek Kapal Peronda Generasi Baharu (NGPV) sebagai satu kesalahan jenayah.
Ia susulan kenyataan kenyataan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Ahmad Nazim Abdul Rahman bahawa BNS terpaksa menggunakan sebahagian daripada dana perolehan LCS untuk membayar hutang lapuk projek lain.
![]() |
Najib digesa berhenti kelirukan rakyat |

0 Comments