KERAJAAN dicadang melantik dua perunding luar yang “berwibawa” di bawah pengawasan Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan untuk mengkaji isu dihadapi projek kapal tempur pesisir (LCS).
Cadangan itu dilontarkan Ahli Parlimen Subang Wong Chen sebagai satu langkah alternatif kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk menjalankan siasatan berhubung isu itu.
Melalui satu kenyataan, beliau menjelaskan bahawa perunding perlu ditugaskan untuk menjalankan kajian kos-manfaat dan membentangkan penemuan mereka serta cadangan mengenai daya maju kewangan keseluruhan projek LCS dalam tempoh enam bulan.
Malah beliau turut mencadangkan audit ke atas kapasiti teknikal dan kejuruteraan pembina dan perunding dilakukan.
“Saya paling berminat untuk melihat sama ada badan kapal-kapal ini boleh diselamatkan dan ditukar kepada frigat yang lebih murah dan terbukti lebih kecil,” katanya.
Projek LCS telah menarik perhatian selepas Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Wong Kah Woh mendedahkan baru-baru ini bahawa, tiada satu kapal pun disiapkan walaupun Putrajaya membelanjakan RM6 bilion untuk projek itu, yang diberikan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) melalui rundingan terus.
Sementara itu tambahnya, seorang pengurus profesional pemulihan perlu diperkenalkan untuk mengambil alih akaun dan pengurusan pembina sehingga laporan ini disiapkan dan dibincangkan oleh kerajaan dan PSC.
Mesti tumpu usaha untuk siapkan kapal pertama |
0 Comments