TIMBALAN Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Rafizi Ramli melontar cabaran supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Abd Latiff Ahmad mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika pendedahan projek kapal tempur pesisir (LCS) dibuatnya tidak benar.
Cabaran itu susulan penafian kali Abdul Latiff berkaitan penglibatan “isterinya” dalam skandal perolehan terbesar angkatan laut itu.
BACA: Rafizi dakwa isteri menteri wakili 'jerung' besar
Tegas Rafizi penafian mudah tanpa menunjukkan fakta atau dokumen ialah taktik biasa dilakukan pimpinan dan bekas pimpinan Umno untuk berlepas diri.
Justeru, katanya, Latiff perlu segera menyamannya, Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC) yang mengarahkan audit forensik LCS dan juruaudit Alliance IFA (M) Sdn Bhd.
“Jika Latiff tidak ada kaitan dengan Zainab Mohd Salleh dan dia (atau keluarganya) tidak terlibat dengan kontrak-kontrak projek LCS atau pertahanan laut negara, beliau perlu mengambil tindakan saman dengan serta-merta,”
“Jika ini tidak diambil pada kadar segera, maka saya yakin Dr Latiff akan mengheret partinya Bersatu ke kancah kekalahan dalam PRU15 kerana rakyat akan menghukum parti-parti yang melindungi watak-watak yang terlibat di dalam skandal LCS ini,” kata bekas Ahli Parlimen Pandan itu.
Rafizi sebelum ini memperincikan kaitan bekas Menteri Pertahanan itu dan Zainab Mohd Salleh dengan sebuah syarikat palsu yang ditubuhkan untuk menyelewengkan dana LCS dengan mendapatkan kontrak untuk membekalkan alat ganti untuk kapal.
BACA: Rafizi kemuka bukti kaitkan menteri dengan skandal LCS
BACA: Rafizi gesa Ismail Sabri pecat Abdul Latiff dari kabinet
Dalam kenyataan beliau membangkitkan laporan forensik projek yang mendedahkan syarikat tersebut tiada lesen untuk mengeksport alat ganti pertahanan seperti yang didakwa.
"Perenggan 2.6.20 Laporan Forensik Projek LCS mendedahkan: “Purchase Order (PO) yang dikeluarkan kepada Alizes Marine (untuk menempah alat-alat gantian kapal) mengandungi sesetengah barang yang tidak memenuhi syarat alat gantian Depot (untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan membaiki kapal) seperti air mineral, puting kapas telinga, kain-kain kecil untuk mencuci, kipas dan sebagainya. Ini menunjukkan tahap penyelewengan dan penipuan yang berlaku dalam proses perolehan.” kata Rafizi. Penafian kosong tak bermakna, tegas Rafizi
Latiff hari ini sekali lagi menegaskan bahawa dia tiada isteri yang bernama Zainab.
"Isteri atau Isteri-isteri saya tiada yang bernama Zainab binti Salleh,” katanya di media sosial.
0 Comments