PARTI Keadilan Rakyat (KEADILAN) sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa.
Pengarah Komunikasinya, Lee Chean Chung dalam satu sidang media bagi pelancaran logo Konvensyen Pilihan Raya KEADILAN 2022 yang dijadualkan bakal diadakan esok berkata, penganjuran konvensyen itu satu gambaran signifikan berkenaan tahap persediaan parti itu.
“Saya ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan konvensyen ini adalah satu tanda penting bahawa KEADILAN telah pun bersedia untuk hadapi PRU.
“Tidak kira ia diadakan dalam masa terdekat ataupun tahun depan,” katanya dipetik laporan Sinar.
Sementara itu, Pengarah Konvensyen, Manivanan Gowin memaklumkan Konvensyen akan diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor bermula jam 2 hingga 5 petang.
Penyertaan konvensyen bertemakan Suara Rakyat, Suara Keramat itu terbuka untuk semua lapisan pimpinan termasuk pimpinan pusat, negeri, cabang, pemuda, wanita, ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), aktivis, akar umbi dan termasuk sukarelawan parti.
“Matlamat dan objektif utama konvensyen ini adalah menetapkan hala tuju strategi parti dalam memasuki PRU15, mengemas kini arahan persediaan kempen kepada seluruh lapisan jentera parti dan menyuntik semangat serta membentuk jati diri anggota sebagai persiapan memasuki PRU15,” ujarnya.
Konvensyen itu juga jelasnya bakal dibahagikan kepada dua segmen dengan yang pertama membabitkan suara akar umbi manakala kedua suara pimpinan parti.
"Dijangkakan seramai lima ke enam wakil akar umbi parti akan memberikan ucapan pada konvensyen tersebut.
“Suara pimpinan pula terdiri daripada ucapan dan amanat khas pilihan raya oleh Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan amanat strategi pilihan raya oleh Pengarah Pilihan Raya, Rafizi Ramli,” katanya.

KEADILAN telah bersedia hadapi PRU |

0 Comments