BENDAHARI Agung KEADILAN, Lee Chean Chung mahu Lembaga Tabung Haji tampil memberi penjelasan terhadap tahap keselamatan sistem perbankan dalam talian membabitkan agensi itu.
Chean Chung membuat gesaan itu susulan kes seorang pencarum yang kehilangan wang simpanannya berjumlah RM98,900 di akaun TH yang dikeluarkan ke akaun pihak ketiga setelah diperdaya sindiket Macau Scam.
Terdahulu mangsa berusia 20-an dalam satu sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya mendakwa, beliau dihubungan individu menyamar pihak Lembaga Hasil Dalaman Negeri (LHDN) yang mendakwa kononnya beliau tidak membayar cukai.
Individu yang mendakwa dari LHDN itu kemudian menyambungkan talian kepada Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Terengganu.
“Polis itu berkata saya terlibat dengan aktiviti jenayah pengubahan wang haram dan penyeludupan, serta meminta saya mengaudit segala wang simpanan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai bukti saya tidak bersalah.
“Saya juga diminta mengisi semua maklumat bank akaun pada satu aplikasi yang disediakan, namun akaun yang saya senaraikan itu tidak termasuk akaun unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan juga akaun Tabung Haji (TH),” katanya sambil mengakui kemudian membuat dua pemindahan wang ke pemilik akaun yang diberikan.
Mangsa sementara itu mempersoalkan keselamatan sistem perbankan itu apabila semua transaksi dijalankan tanpa ada sebarang panggilan, mesej mahupun nombor TAC (kod pengesahan transaksi) dari pihak bank sebelum transaksi pengeluaran wang dilakukan.
“Bagaimana sindiket boleh senang-senang aktifkan dan sambungkan akaun TH saya ke akaun baik pihak ketiga tanpa kebenaran saya?” soalnya.
Mangsa juga berkata, dia diugut tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi dan boleh dipenjara sekiranya memberitahu perkara itu kepada pihak lain.
![]() |
Mangsa wajar diberi ganti rugi setimpal |
“Kami akan membantu mangsa membuat aduan rasmi terhadap pihak Tabung Haji, sekiranya transaksi dibuktikan telah lulus tanpa kebenaran pencarum, ganti rugi yang setimpal wajar diberikan,” kata ADUN Semambu itu.
0 Comments