Anwar kecam tindakan ganas Israel serbu Masjid al-Aqsa

PENGERUSI Pakatan Harapan HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak yang komited dalam pembebasan rakyat Palestin.

Dalam satu kenyataan, Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menegaskan bahawa pihaknya mengutuk serangan dilakukan Israel terhadap Palestin dan sedih dengan kehilangan nyawa serta harta benda yang menambah kesengsaraan dialami di bawah penjajahan Israel.

“Saya juga mengecam tindakan menyerbu pekarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis oleh lebih 1,000 peneroka Israel pada Ahad.

“Provokasi lanjut ini jelas melanggar undang-undang antarabangsa yang mengawal tapak suci itu.

“Di samping serangan terhadap orang Kristian dan tapak Kristian di Israel yang berlaku dalam beberapa bulan kebelakangan ini, tindakan ini menunjukkan sikap tidak hormat yang jelas oleh pihak berkuasa Israel terhadap sentimen umat Islam dan Kristian,” katanya.

Anwar turut menggesa masyarakat antarabangsa terus menyatakan kemarahan terhadap serangan dibuat Israel.

Selain menceroboh perkarangan al-Aqsa, pesawat pejuang Israel baru-baru ini dilapor melancarkan serangan udara di kawasan disyaki mendatangkan 'ancaman' oleh kumpulan Jihad Islam. Serangan itu berlaku di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat di seluruh wilayah Palestin, apabila tentera Israel menahan seorang pemimpin kanan Jihad Islam, Bassam al-Saadi dalam serbuan di bandar Jenin di Tebing Barat
 
Sementara itu tegas Anwar, serangan ganas Israel terhadap rakyat Palestin telah menjadi rutin sehingga masyarakat antarabangsa yang sibuk dengan konflik dan krisis lain hampir tidak mengambil tahu.

“Penyerang mengambil kesempatan daripada keletihan dirasai pihak yang bersekutu dengan Palestin untuk terus bertindak tanpa sebarang hukuman atas nama menghapuskan pengganas untuk mencapai matlamatnya,” katanya lagi.

Tindakan ganas Isreal mesti dikecam, tegas Anwar
Terdahulu beberapa negara Islam antaranya Pakistan, Qatar, Jordan, Kuwait, Turki dan Arab Saudi antara negara yang mengecam serangan Israel ke atas tapak suci Islam itu.

Kementerian Luar Qatar memberitahu bahawa amalan provokatif Israel adalah sebahagian daripada percubaan berterusan untuk mengubah status sejarah dan undang-undang Masjidil Aqsa dan untuk memajukan pembahagian sementara masjid.

"Kami mengulangi gesaan kepada kerajaan Israel untuk tidak membenarkan tindakan sedemikian yang menyasarkan status dan kesucian Al Haram Al Sharif," tegas Kementerian Luar Turki  dalam satu kenyataan lain

Post a Comment

0 Comments