Tak akan kerjasama dengan pengkhianat, tegas Anwar



PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa gabungan itu tidak akan mengadakan kerjasama dengan pihak yang pernah mengkhiati mandat mereka sendiri.

Bercakap dalam satu sidang media selepas Kongres KEADILAN 2022 di Pusat Konvensyen IDEAL (IDCC) di Shah Alam semalam, Anwar menegaskan pihaknya juga tidak mahi menjalin kerjasama dengan pihak yang tidak menunjukkan kesungguhan dalam melaksana agenda reformasi.

"Pihak yang bangkitkan (khemah besar) itu bukan saya, tetapi ada didengar beberapa usaha untuk perluaskan. Saya jawab sebagai KEADILAN, peranan kita untuk perkukuhkan parti dan induknya adalah HARAPAN.

"Soal untuk ada perbincangan dengan pihak lain itu tiada masalah, tetapi khemah besar dalam erti kata menjalin kesefahaman dan pakatan dengan golongan yang sudah khianat dan jelas tidak mewakili agenda reformasi, itu tentunya tidak dapat diteruskan," katanya.

Mengulas lanjut isu tersebut Anwar menegaskan,  tidak mungkin HARAPAN khususnya parti diketuainya bekerjasama dengan watak yang sudah menyebabkan mandat rakyat diketepikan dan kerajaan HARAPAN tumbang.

Pengkianatan jenayah besar dalam perjuangan


"Orang ini sudah melakukan jenayah yang besar dari segi perjuangan sebab dia menyebabkan jatuhnya kerajaan dan mandat kita dikhianat.


"Ini bukan soal peribadi semata-mata," katanya.

Ketua pembangkang itu merujuk dakwaan kononnya ada usaha untuk menerima kembali beberapa pemimpin KEADILAN yang sebelum ini khianat kepada parti itu.

Post a Comment

0 Comments