Siasat bagaimana 'musang king' boleh ditanam di kawasan Hutan Simpan


KERAJAAN negeri Kedah digesa segera menghentikan projek ladang durian ‘musang king’ yang diluluskan secara komersial oleh negeri itu.

Timbalan Pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh dipetik laporan media berkata, insiden banjir lumpur yang berlaku di Baling baru-baru ini dapat dielakkan sekiranya pandangan semua pihak diambil kira sebelum perlaksanaan projek ladang durian ‘musang king’ tersebut.

Selain mahu projek komersial itu dihentikan, beliau turut menggesa siasatan lengkap dilaksanakan secepat mungkin bagi mencari punca sebenar insiden 4 Julai itu.

"Setelah tular di media sosial terdapat pihak tertentu yang cenderung menyalahkan pihak lain dalam insiden banjir lumpur di Baling. AMANAH Kedah desak projek 'musang king' di Hutan Simpan Gunung Inas dihentikan serta merta.

“Adalah dibimbangi kewujudan kecenderungan menyalahkan pihak lain dalam kes ini, sebagai salah satu cara untuk meraih laba sokongan politik ketika menjelangnya pilihan raya umum.

“Satu siasatan yang menyeluruh perlu dibuat untuk mengetahui punca sebenar, supaya kejadian yang sama dapat dielakkan dari berulang lagi," kata Ismail yang juga ADUN Pengkalan Kundor.

Sementara itu beliau turut mempersoalkan bagaimana projek penanaman durian secara komersial itu diluluskan memandangkan aktivitinya berlaku di Hutan Simpan Gunung Inas dan pokok durian bukanlah spesis yang disenaraikan sebagai pokok hutan.

Henti projek, siasat punca sebenar banjir
"Projek 'musang king’ sebesar ini sudah pasti adanya kontrak perjanjian yang dimeterai sebelum ianya bermula.,” ujarnya lagi.

Beliau turut mempersoalkan apakah pandangan Jabatan Alam Sekitar, beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta penduduk tempatan diambil kira oleh pihak terbabit sebelum projek ladang durian ‘ musang king’ ini dapat dilaksanakan.

Post a Comment

0 Comments