RAFIZI RAMLI yang baru memenangi jawatan Timbalan Presiden KEADILAN pada pemilihan yang baru diadakan menegaskan beliau akan terus bersikap lantang.
Berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional KEADILAN ke-16 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) semalam, bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata disebalik sikap lantang itu, beliau tidak akan sesekali mengikut jejak bekas Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali yang mengkhianati parti selepas menabur pelbagai janji mengenai kesetiaan.
"Saya mungkin lantang, tapi saya bukan Azmin Ali saudara saudari.
“Semasa menang pada 2018, saya kembali menjadi orang biasa, tidak menyandang sebarang jawatan dan tidak dapat satu sen (namun) tidak pernah kesal kerana itu pilihan saya. Saya masuk ke dalam parti ini bukan untuk jawatan.
"Saya bukan jenis manis dibibir tikam di belakang. Cuma kalau saya kritik maknanya kamu yang pegang jawatan, jangan hampakan harapan dan tanggungjawab yang kami letak,” katanya.
Rafizi sebelum ini menegaskan bahawa ditakdirkan Anwar melakukan kesilapan, beliau tetap akan bersuara dan tak akan berdiam diri.
Anwar ketika mengulas kenyataan Rafizi itu berkata beliau tidak terkesan dengan kritikan Rafizi Ramli terhadapnya.
Jelasnya beliau sudah terbiasa dengan situasi sedemikian kerana Timbalan Presiden yang baharu itu memang bersikap lantang.
Menyifatkan Rafizi yang sebagai seorang yang mempunyai kemahiran dan kepintaran, Anwar percaya Rafizi mempunyai sisi positif dan tahu tentang fokus dan peranannya.
“Kita dapat saksikan hari ini (Ahad) dengan ucapan-ucapan pimpinan utama, termasuk Rafizi. Ya, memang kontroversi (kenyataan Rafizi). Kadang-kadang, pening saya dibuatnya.
![]() |
Anwar sifatkan Rafizi mahir dan pintar |
"Rupa-rupanya, dia datang bagi panadol, hilang pening saya,” kata Anwar dalam ucapan penangguhan Kongres tersebut.
0 Comments