Najib akan jadi 'ketua bilik darjah' kalau Umno kalah, kata Rafizi


RAFIZI RAMLI mendakwa Najib Tun Razak akan 'selamat' daripada hukuman penjara sekiranya Umno menang besar dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Dipetik laporan Sinar, Rafizi yang merupakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, ramai dalam kalangan orang UMNO tahu mengenai situasi tersebut dan bekas Perdana Menteri itu kini sedang bergantung kepada populariti Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk menyelamatkan dirinya.

"Sebilangan besar ahli Umno ttermasuk kepimpinan tertinggi parti berkenaan juga tahu Ahli Parlimen Pekan itu bersalah khususnya melibatkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan lain-lain.

"Najib juga sebenarnya tidaklah sepopular yang dirasakan dalam kalangan parti UMNO sendiri. Cuma dia rasa dia popular.

"Najib hanya akan mendapat sokongan kalau Umno menang besar, kalau Umnomenang tipis dia dah susah, kalau Umno kalah dia akan jadi 'ketua bilik darjah' di Sungai Buloh (Penjara Sungai Buloh)," kata bekas Ahli Parlimen Pandan itu dalam satu majlis di Johor.

Sementara itu tambah Rafizi, ppembangkang khususnya KEADILAN akan terus menggunakan skandal 1MDB membabitkan bekas Presiden Umno itu walaupun Najib bukan lagi pemimpin nombor satu negara.

"Ada orang UMNO, MIC dan MCA kata mengapa masih 'sentuh' isu Najib sedangkan dia bukan lagi Perdana Menteri, saya jawab sampai mati kita akan 'sentuh' dia kerana dia telah meninggalkan hutang sampai tiga, empat generasi belum tentu habis dibayar," katanya.

Menurutnya, hutang 1MDB sebanyak RM53 bilion dan kerajaan baharu selesai membayar sebanyak RM13 bilion, sementara wang yang sudah dikutip daripada kes skandal itu pula hanya sebanyak RM20 bilion.

"Ini bermakna rakyat Malaysia masih perlu menanggung hutang 1MDB sebanyak RM20 bilion," kata Rafizi lagi.

Najib sebelum menghadapi tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Ketujuh-tujuh pertuduhan itu adalah - tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa melibatkan dana SRC.

SRC International adalah bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan.

Najib akan selamat jika Umno menang besar?
Pada 17 Oktober 2020, Najib dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tiga kes pecah amanah dan masing-masing tiga kes pengubahan wang haram manakala penjara 12 tahun dan didenda RM210 juta, jika tidak dipenjara lima tahun bagi kes penyalahgunaan kedudukan.

Bagaimanapun, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas hakim memerintahkan hukuman itu berjalan serentak.

Post a Comment

0 Comments