"Khemah besar' mengelirukan, lebih baik kukuhkan HARAPAN


PRESIDEN
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan konsep pendekatan “khemah besar” yang merangkumi parti-parti pembangkang sebagai mengelirukan.

Dipetik wawancara bersama Media Selangorkini, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu menegaskan parti-perti induk dalam gabungan itu sewajarnya merangkul kekuatan bersama.

“Bagi saya KEADILAN, DAP dan Amanah dalam Pakatan Harapan kekuatan unggul yang mesti dibesarkan.

“Saya tidak guna khemah besar. Saya kata mesti merangkul kekuatan.

“Induk ini harus diperkukuh dan diperkuat sebab dalam pengalaman kita KEADILAN sebagai satu parti, DAP sebagai sahabat rakan setia dan Amanah itu nampak begitu mantap,” katanya pada wawancara itu.

Pendekatan ‘khemah besar’ membawa maksud penyatuan semua parti pembangkang dengan matlamat utama mengalahkan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Walau bagaimanapun usaha ke arah itu dilihat sukar terutama apabila Timbalan Presiden Pejuang, pada Marzuki Yahya berkata, meskipun menerima pendekatan ‘khemah besar’ pembangkang, namun ia tidak boleh menerima kepimpinan Anwar.

Kenyataan Marzuki itu kemudian dikritik beberapa pemimpin HARAPAN.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang sebelum ini dilihat cenderung kepada idea penggabungan itu berkata, tiada kerjasama 'khemah besar' sekiranya Pengerusi HARAPAN itu mahu disisihkan.

HARAPAN perlu terus bersedia untuk hadapi PRU
Sementara itu Anwar dalam wawancara itu turut mendedahkan bahawa gabungan itu pernah cuba tokoh-tokoh lain yang dipinggir, namun ada percubaan sehingga menimbulkan ketegangan, keresahan dan pengkhianatan.

Malah menurutnya, pengkhianatan dalaman KEADILAN tidak akan berlaku jika tidak didukung oleh “tok dalang” di luar.

Post a Comment

0 Comments