Harga barang mencanak: menteri tak berfikir 'luar kotak'


PERDANA MENTERI, Ismail Sabri Yaakob diminta melakukan rombakan kabinet atau memecat menteri yang tidak kompeten sebagai sebahagian usaha memulihkan ekonomi negara.

Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran membuat gesaan itu dengan mempersoalkan peranan jemaah menteri apabila mereka tegasnya tidak berusaha bersungguh-sungguh selain hanya menubuhkan jawatankuasa khas kabinet untuk menangani kenaikan harga barang.

"Kalau semua menteri-menteri ni tubuh jawatankuasa sahaja sebagai satu penyelesaian, nak buat kajian-kajian, apakah tugas menteri-menteri dan timbalan menteri sebenarnya?

"Elok mereka letak jawatan ataupun PM pecatlah atau reshuffle cabinet supaya ada menteri-menteri dan timbalan menteri yang layak mentadbir negara atau mentadbir kementerian masing-masing.

"Saya mohon PM buat rombakan kabinet secepat mungkin supaya ekonomi kita stabil,” katanya.

Prabakaran berkata begitu pada perhimpunan aman membantah kenaikan harga barang anjuran Angkatan Muda KEADILAN yang disokong Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)  di luar kompleks Sogo di Kuala Lumpur semalam.

Prabakaran sementara itu berkata jemaah menteri pada masa ini tidak berfikir ‘di luar kotak’ dalam mengatasi isu kenaikan kos sara hidup.

"Contoh isu harga ayam naik sebab harga makanan ayam naik, jagung dan soya naik. Kenapa harga jagung dan soya naik? Sebab kita import dari Amerika, sedangkan kita boleh tanam sendiri.

Mengapa k'jaan tak mampu selesai isu harga barang
"Kenapa ayam hanya boleh makan jagung dan soya sahaja ke? Ia tak boleh makan benda lain ke? Kita ada banyak produk tempatan untuk makanan ayam, kenapa kita tak empower tu," katanya sambil berjanji akan membangkitkan isu itu dalam persidangan Dewan Rakyat akan datang.

selain menuntut pemecatan menteri yang tidak menjalankan fungsi dengan baik, himpunan semalam turut menuntut kerajaan mengekalkan subsidi, menghentikan politiking dan menangani isu kartel antarabangsa dalam kenaikan harga barang.
 

Post a Comment

0 Comments