Azan cabar menteri ambil tindakan terhadap 'penyeludup' minyak

 


MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Alexander Nanta Linggi dan timbalannya Rosol Wahid dicabar mengambil tindakan terhadap pihak yang menyorok bekalan minyak yang disubsidi.

Pengerusi KEADILAN Terengganu Azan Ismail melontar cabaran itu susulan dakwaan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bahawa jumlah minyak disubsidi adalah melebihi keperluan pengguna.

"KPDNHEP kata kerajaan telah memperuntukkan 60,000 tan metrik minyak masak kampit 1kg bersubsidi untuk sebulan. Ismail kata kegunaan rakyat Malaysia untuk minyak masak bersubsidi hanyalah 55,000 tan metrik. Maknanya, ada lebihan 5,000 tan metrik sebulan.

"Namun, sehingga hari ini semua dalam kalangan pengguna mengadu minyak masak tiada dalam pasaran tak mencukupi terutama untuk peniaga-peniaga kecil yang menggunakan minyak masak kampit.

“Subsidi pun diambil, disalahgunakan. Minyak pula tidak mencukupi, disorok. Maknanya ‘orang minyak; berleluasa menjalankan aktiviti gelap mereka untuk memanipulasi dan mengaut keuntungan.

"Sebab itu menteri dan timbalan harus segera membuat siasatan dan tangkap 'orang minyak' ini. Jika gagal mereka harus letak jawatan dengan segera," katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Media sebelum ini melaporkan bahawa rata-rata pasar raya sekitar ibu negara mengalami kehabisan stok bekalan minyak masak paket satu kilogram (kg), ia terutama apabila kerajaan membuat pengumuman untuk menghentikan subsidi untuk minyak masak dalam botol.

Azan cabar menteri berani bertindak
Tidak setakat itu, sejak beberapa tahun kebelakangan, bekalan minyak masak paket juga sering terputus bekalan dan tidak konsisten menyebabkan pengguna, terutama B40 kecewa dan mempertikaikan keadaan itu.

Sementara itu Azan mendakwa Nanta dan Rosol tahu situasi yang sedang berlaku.

Namun menurutnya, tiada reaksi dan tidak ada arahan untuk pihak berkuasa untuk membanteras masalah itu.

Post a Comment

0 Comments