RAFIZI RAMLI membidas sikap pimpinan Umno yang menolak 'formula’ penyelesaian masalah rakyat yang ditawarkan beliau.
Bakal timbalan presiden KEADILAN itu berkata, semakin giat mereka memperlekehkan idea dan formulanya, semakin jelas mereka tiada idea yang lebih baik sehingga terlalu takut dengan formulanya.
"Setiap kali saya bersuara, satu-satunya jawapan yang datang dari pimpinan Umno ialah kononnya saya hanya tahu membentangkan formula-formula.
"Mereka cukup takut dengan 'formula-formula' saya sehinggakan beberapa pimpinan mereka bersuara serentak setiap kali saya mengutarakan idea penyelesaian, itu maknanya mereka mengakui (dalam diam) bahawa mereka tandus idea untuk mentadbir negara.
"Mereka bimbang sekiranya politik Malaysia berkisar mengenai idea (bukannya sentimen kaum, agama atau siapa yang berkuasa), mereka akan ditolak rakyat seperti yang berlaku dalam PRU14," katanya dalam kenyataan.
Terdahulu Rafizi membalas kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang membidasnya kerana menganggap cadangan parti itu agar kerajaan menubuhkan Lembaga Unggas (Ayam) Negara bagi menangani krisis peningkatan harga ayam sebagai satu jenaka.
Zahid berkata, rakyat tidak perlukan formula yang diperkenalkan Rafizi sebaliknya mahukan solusi kepada permasalahan yang dihadapi.
Bagaimanapun tegas Rafizi, alasan diberikan Zahid bagi menyangkal kritikannya itu hanya membenarkan pandangannya bahawa kerajaan dipimpin Umno ketandusan idea mentadbir negara.
“Sebab itu, kenyataan Zahid Hamidi tidak sedikit pun dapat menjawab asas bantahan saya kepada penubuhan lebih banyak lembaga yang menambah birokrasi serta membazirkan wang rakyat,” katanya lagi.
Pada 25 Jun lalu, Rafizi mencadangkan penubuhan stok penimbal (stockpile) serta penstrukturan semula sejumlah kementerian agar pengurusan rantaian bekalan ditangani dengan lebih berkesan tanpa pertindihan kuasa antara kementerian.
Stok penimbal itu jelasnya bagi bahan keperluan asas adalah penyelesaian jangka panjang dan membolehkan kerajaan mengimbangi gangguan bekalan yang menyebabkan kenaikan harga mendadak.
Menyentuh kritikan mengenai formulanya, Rafizi berkata orang ramai tahu bahawa sejak 2013 dia telah memperjuangkan formula penetapan harga petrol dan diesel yang telah digunakan sejak pentadbiran HARAPAN sehingga kini.
"Dalam mereka mengatakan formula saya tidak dapat dilaksanakan, formula itu juga yang dipakai oleh perdana menteri dari Umno sendiri.
Bakal timbalan presiden KEADILAN itu berkata, semakin giat mereka memperlekehkan idea dan formulanya, semakin jelas mereka tiada idea yang lebih baik sehingga terlalu takut dengan formulanya.
"Setiap kali saya bersuara, satu-satunya jawapan yang datang dari pimpinan Umno ialah kononnya saya hanya tahu membentangkan formula-formula.
"Mereka cukup takut dengan 'formula-formula' saya sehinggakan beberapa pimpinan mereka bersuara serentak setiap kali saya mengutarakan idea penyelesaian, itu maknanya mereka mengakui (dalam diam) bahawa mereka tandus idea untuk mentadbir negara.
"Mereka bimbang sekiranya politik Malaysia berkisar mengenai idea (bukannya sentimen kaum, agama atau siapa yang berkuasa), mereka akan ditolak rakyat seperti yang berlaku dalam PRU14," katanya dalam kenyataan.
Terdahulu Rafizi membalas kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang membidasnya kerana menganggap cadangan parti itu agar kerajaan menubuhkan Lembaga Unggas (Ayam) Negara bagi menangani krisis peningkatan harga ayam sebagai satu jenaka.
Zahid berkata, rakyat tidak perlukan formula yang diperkenalkan Rafizi sebaliknya mahukan solusi kepada permasalahan yang dihadapi.
Bagaimanapun tegas Rafizi, alasan diberikan Zahid bagi menyangkal kritikannya itu hanya membenarkan pandangannya bahawa kerajaan dipimpin Umno ketandusan idea mentadbir negara.
“Sebab itu, kenyataan Zahid Hamidi tidak sedikit pun dapat menjawab asas bantahan saya kepada penubuhan lebih banyak lembaga yang menambah birokrasi serta membazirkan wang rakyat,” katanya lagi.
Pada 25 Jun lalu, Rafizi mencadangkan penubuhan stok penimbal (stockpile) serta penstrukturan semula sejumlah kementerian agar pengurusan rantaian bekalan ditangani dengan lebih berkesan tanpa pertindihan kuasa antara kementerian.
Stok penimbal itu jelasnya bagi bahan keperluan asas adalah penyelesaian jangka panjang dan membolehkan kerajaan mengimbangi gangguan bekalan yang menyebabkan kenaikan harga mendadak.
![]() |
Tanpa formula, isu rakyat tak boleh selesai |

0 Comments