DESAKAN supaya Parlimen segera dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya awal dapat diadakan adalah tindakan terdesak beberapa pemimpin Umno untuk melepaskan diri masing-masing daripada kes mahkamah yang sedang dihadapi mereka, dakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden KEADILAN itu berkata begitu ketika diminta oleh pemberita mengulas asakan demi asakan beberapa pemimpin yang berkeras mahu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sedangkan negara mempunyai tempoh lebih setahun sebelum ia wajib diadakan.
"Sebab apa parlimen nak bubar? Sebab kluster mahkamah nak settle (selesaikan) kes dia.
"Ingat kalau dia menang PRU, dia boleh tutup kes. Jadi, rasional bubar itu kita pertikaikan," katanya.
Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob yang kemudian dilantik perdana menteri berdepan tekanan dari dalam partinya supaya pilihan raya diadakan secepat mungkin.
Antara pemimpin yang dilihat kuat memberi tekanan kepada agar Ismail membubarkan parlimen adalah Presiden Umno Ahmad Zahidi Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak.
Kedua-dua mereka sedang berdepan kes rasuah dan salah guna kuasa di mahkamah dan sering dilabel sebagai 'kluster mahkamah'.
Cadangan supaya pilihan raya diadakan segera dkritik banyak pihak terutama pemimpin pembangkang terutama apabila negara masih belum pulih dari kesan pendemik Covid-19.
Malah dalam satu laporan media, Penganalisis Politik Dr Mazlan Ali berkata, kerajaan sewajarnya memberi tumpuan kepada usaha mentadbir urus negara serta menyelesaikan masalah dihadapi rakyat dan bukannya tergesa-gesa mengadakan pilihan raya.
![]() |
Apa niat sebenar nak segera adakan PRU? |
Sementara itu Anwar ketika ditanyakan mengenai persedian Pakatan Harapan (HARAPAN) menghadapi PRU 15, jika parlimen dibubarkan lebih awal berkata pihaknya sentiasa bersedia berdepan pilihan raya memandangkan sokongan yang semakin meningkat dari kalangan rakyat yang semakin cerdik politik di negara ini.