Tun M yang tak datang, bukan salah Anwar- Husam


SEORANG Pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) mendedahkan bahawa Dr Mahathir Mohammad tidak berkomunikasi dengan pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) sebaik bertindak meletak jawatan seagai perdana menteri pada Feb 2020.

Perkara itu didedahkan Husam Musa susulan kenyataan Dr Mahathir yang cuba menyalahkan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dia tidak mendapat sokongan mencukupi bagi mengangkat sumpah semula ke jawatan itu.
 
"Dia tak cerita pada (pemimpin) HARAPAN seorang pun, tiba-tiba dia hantar surat letak jawatan dan pada hari kita nak mengadap Agong di Istana, pihak HARAPAN berhimpun di Hotel Eastin, berkampung di situ dan kita tugaskan orang untuk ambil Tun tetapi Tun tak datang

"Jadi, kita pun keliru nak letak nama Tun, Tun dah letak jawatan. Jadi, semua ahli parlimen HARAPAN masa itu memberikan undi percaya kepada Anwar sampai dia dapat sehingga 92 undi.

"Bukan salah HARAPAN kerana Tun tidak ada komunikasi pada masa itu," tegas Husam dipetik sebahagian laporan Malaysiakini.

Husam yang juga Ketua Amanah Kota Bharu turut mengingatkan Mahathir tentang perjanjiannya dengan Anwar Ibrahim berhubung jawatan perdana menteri.

"Kan Tun (Dr Mahathir) dah janji hari itu? Dah tandatangan perjanjian dan saya ada jadi saksi kerana saya yang sediakan perjanjian itu.

"Perjanjian itu dibawa ke rumah Tun pada pagi hari, dalam perjanjian itu Tun bersetuju nak jadi perdana menteri dua tahun saja.

"Tak timbul masalah orang undi dia lagi untuk jadi perdana menteri sebab dia dah bersetuju dan dia pun dah jadi perdana menteri sehingga dua tahun, (atau) 22 bulan, dah dekat dua tahunlah, tinggal dua bulan saja lagi," tegas Husam.

Mengulas lanjut perkara itu, Husam berkata sebelum kedua-dua pihak pemimpin terbabit sepakat dan bersetuju dengan perjanjian tersebut, Mahathir telah mengadakan perbincangan dengan Nurul Izzah Anwar, yang turut dihadirinya.

"Kemudian sebelum kedua-dua pihak menerima persetujuan bergabung dengan Tun dan setuju untuk Tun jadi perdana menteri, Tun telah telah pujuk pihak Anwar melalui Nurul Izzah.

"Saya diminta jadi saksi dalam pertemuan Nurul Izzah dengan Tun di rumah dia. Dan dalam perundingan itu, Tun bersetuju untuk dia jadi perdana menteri dan kemudian beri kepada Anwar," katanya.

Tambah Husam, Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution Ismail masih menyimpan salinan surat perjanjian terbabit dan pendedahannya itu hanya sekadar berkongsi fakta yang sebenar tentang situasi ketika itu.

"Saya jelaskan perkara ini supaya di kemudian hari fakta yang sebenar tentang keadaan pada waktu itu dapat direkodkan dan saya antara saksi kepada perkara-perkara tersebut.

"Saifuddin ada salinan perjanjian itu," katanya.

Sementara itu Husam turut berkata, Anwar juga telah bersetuju dengan penuh hormat untuk Mahathir mengemudi negara.

Anwar beri laluan, tapi Tun M letak jawatan
"Seterusnya kita kena ingat mesyuarat HARAPAN yang terakhir Febuari 2020 yang mana semua setuju Tun terus jadi perdana menteri dan tak tentukan tarikh bila dia berhenti.

"Dalam mesyuarat itu, Anwar sendiri kata Tun teruskan sebagai perdana menteri dan akan sokong dia, tak perlu bincangkan tarikh akhir jawatan beliau. Tun teruskan, kita sokong dan kita tiada masalah.

"Tetapi, keesokkan harinya dia letak jawatan," jelas Husam.

Post a Comment

0 Comments