BANTUAN tunai tambahan diumum kerajaan dilihat tidak memberi manfaat kepada rakyat sekiranya tarif elektrik dinikkan mulai bulan depan.
Dalam kenyataan berasingan, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob sepatutnya menghalang Tenaga Nasional Bhd (TNB) menaikkan tarif elektrik pada bulan depan.
“Sebagai permulaan, beliau sepatutnya mengumumkan bahawa TNB tidak dibenar menaikkan tarif elektrik mulai bulan depan.”
Ini kerana katanya, keuntungan bersih TNB pada akhir tahun kewangan 2021 meningkat kepada RM3.66 bilion berbanding RM3.59 bilion pada tahun sebelumnya.
Beliau berkata, TNB dengan jelas mempunyai kemampuan untuk menyerap kenaikan harga gas dan arang batu.
Justeru bantuan kewangan berjumlah RM630 juta yang diumumkan Ismail “mengecewakan” dan “tidak komprehensif”.
Sementara itu Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub pula membidas langkah menaikkan tarif elektrik sebagai tidak wajar ketika orang ramai bergelut dengan kenaikan kos sara hidup.
Tegasnya, pengumuman bantuan tunai tambahan akan terbukti tidak berguna jika rakyat terpaksa membayar bil elektrik lebih tinggi.
“Kerajaan harus menangguhkan kenaikan tarif elektrik sehingga krisis harga makanan selesai.”
![]() |
Kos ditanggung rakyat bakal melebihi pendapatan |
Manakala media melaporkan jemaah Menteri akan menyemak semula tarif elektrik pada 1 Julai ini akibat lonjakan harga arang batu yang menyebabkan kos pengeluaran meningkat.
0 Comments