PRESIDEN Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu membidas sikap pemimpin parti dalam Kerajaan Persekutuan sekarang yang disifatkannya sebagai 'pekak dan bisu' dalam hal berkait masalah rakyat.
Bercakap ketika ceramah di Kg Kubang Pak Amin, Pasir Mas baru-baru, Mohammad menambah pemimpin kerajaan hari ini juga sudah khayal akibat diulit kuasa.
Mereka jelasnya tidak lagi bersuara membela nasib rakyat yang dihimpit dengan berbagai-bagai masalah seperti dilakukan ketika ini.
“Masalah rakyat, kenaikan harga barang yang mendadak telah menekan kehidupan mereka begitu juga masalah air di Kelantan, kerajaan diam dan bisu.
"Sudahlah pekak, bisu nak bela suara rakyat, khayal pula diulit kuasa, kata Mat Sabu dalam ceramah yang turut dihadiri bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari itu.
Sebagai rekod, rakyat berdepan kenaikan harga pelbagai barang keperluan asas, sebelum ini harga sayuran seperti bawang ros kecil dan cili serta bahan mentah lain seperti telur, ayam, ikan minyak masak dan sebagainya turut mencatatkan kenaikan harga.
Negara turut berdepan kekurangan stok makanan seperti ayam sehingga menyebabkan panik dikalangan pengguna.
Malah harga gula dijangka akan naik susulan laporan bahawa Kerajaan dijangka akan melakukan semakan semula harga gula dalam masa terdekat sejajar dengan tekanan kenaikan kos ketika ini.
Sementara itu, Mohammad dalam ceramah sama turut menyelar sikap sesetengah penyokong politik yang dakwanya menggunakan isu agama untuk memburukkan pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini.
Mat Sabu kritik sikap parti dalam kerajaan |
“Isu agama yang dimainkan semasa HARAPAN memerintah semuanya sudah tiada dalam kamus perjuangan mereka. Apa nak jadi pada negara?” soal bekas timbalan Presiden PAS itu.
0 Comments