K'jaan hilang arah, tak membantu rakyat - Ahli Akademik



SEORANG ahli akademik berkata bahawa kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakon semakin hilang arah dalam membawa negara kembali ke landasan yang betul.

Prof Mohammad Agus Yusoff yang bimbang dengan ekonomi negara berkata kerajaan pimpinan Naib Presiden Umno it perlu bangun dengan polisi tegas dan jelas.

"Hendak betul macam mana jika pemimpin sibuk berpolitik, sibuk dengan tarikh pilihan raya, dan sibuk dengan saling menyalahkan pihak lain,” katanya.

"Belum nampak dasar jelas untuk menyelesaikan krisis makanan, pekerjaan, nilai ringgit yang merudum, dan kenaikan kos sara hidup.

“Yang saya nampak ialah kenyataan secebis-cebis sahaja dari pemimpin yang tidak konsisten pun antara satu sama lain," katanya dalam tulisan di Facebook.

Negara sedang mengalami gangguan pengeluaran, stok dan logistik kesan dari pendemik Covid-19, keadaan itu diterukkan lagi dengan perang di Ukraine telah melonjakkan kadar inflasi dunia ke antara paras tertinggi sejak 40 tahun lalu.

Namun disebagai usaha menangani semua isu itu, kerajaan jelasnya tiada dasar yang jelas bagi menyelesaikan masalah dihadapi rakyat melainkan dengan kenyataan-kenyataan pemimpin kerajaan yang “menyakitkan”.

"Kadang-kadang saya rasa seperti diperbudakkan, jikapun tidak diperbodohkan oleh kenyataan pemimpin.

“Misalnya, hendak menyelesaikan masalah harga ayam dan masalah rungutan rakyat yang lain, saya lihat kenyataan dan cadangan pemimpin seperti jenaka sahaja.

“Malangnya jenaka mereka tidak nakal, tetapi menyakitkan,” katanya.

Sementara itu Agus turut mempersoal kenyataan demi kenyataan dari kerajaan yang mendakwa ekonomi negara meningkat kukuh dan mampan.

Sedangkan, katanya, Bank Negara menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2%, nilai ringgit menyusut sehingga RM4.38 berbanding dolar Amerika Syarikat, pengaliran keluar pelabur asing dan harga barangan dijangka meningkat sehingga 60%.

"Dari mana kukuh dan mampannya itu? Ini yang saya tidak nampak.

K'jaan dianggap tiada dasar jelas selesai masalah
“Yang saya nampak ialah kerajaan hilang arah, beberapa menteri yang memegang portfolio strategik tidak kompeten, rakyat semakin tertekan, dan negara menghadapi masalah yang bertali arus," katanya yang bimbang Malaysia akan menjadi seperti Sri Lanka.

“Saya tidak dapat membayangkan jika negara kita diambang muflis, kadar inflasi mencecah paras tertinggi, dan krisis makanan semakin memburuk. Semoganya ini tidak berlaku di ngara kita,” katanya.

Post a Comment

0 Comments