Oleh: AZAM MEKTAR |Inti pati tuduhan Najib Razak di Konvensyen Barisan Nasional (BN) Kuala Lumpur hanyalah ulangan yang telah dijawab oleh pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN). Beliau cuba mengalih perhatian selepas Pemuda Amanah menggambarkan kerajaan hari ini, kerajaan cap ayam.
Najib Razak berusaha menarik simpati perwakilan BN dan rakyat bagi menggambarkan beliau adalah mangsa ketidakadilan, sedangkan beliau telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi dan kekal bersalah di Mahkamah Rayuan atas tujuh pertuduhan pecah Amanah dan penyelewengan.
Konvensyen BN sepatutnya diambil kesempatan mengangkat isu permasalahan rakyat yang tertekan dengan kos sara hidup dan barang keperluan yang naik mendadak.
Kerajaan hari ini ialah kerajaan BN bersama Perikatan Nasional (PN) yang gagal mengawal harga ayam, minyak masak dan barangan keperluan harian rakyat. Malah memberikan solusi yang tidak masuk akal.
Kerajaan inilah sebenarnya kerajaan cap ayam walaupun terdapat lebih 70 menteri dan timbalan menteri.
K'jaan digesa panggil sidang khas Dewan Rakyat |
Sekiranya tiada tindakan tuntas dan segera diambil, Pemuda Amanah tidak teragak-agak untuk menggerakkan rakyat khususnya anak muda bagi menyuarakan kerisauan dan kemarahan kami kepada kerajaan cap ayam ini!
AZAM MEKTAR ialah pengarah Komunikasi Pemuda Amanah.
Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pendirian Kartelmedia.
0 Comments