SEORANG pemimpin pemuda Amanah mengesa parti itu dan Pakatan Harapan (HARAPAN) agar mengambil sikap waspada dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) ditunjangi Tun Dr Mahathir Mohammad.
Muammar Qaddafi Mohd Nasir membuat gesaan itu susulan kenyataan Presidennya, Mukhriz Mahathir yang berkata, parti itu sudah mengadakan perbincangan secara tidak rasmi dengan beberapa parti sama ada parti dalam kerajaan, pembangkang dan parti-parti yang berkecuali.
Tambahnya, sebahagian besar pimpinan Pejuang terutama diperingkat bahagian dan negeri adalah dalam kalangan mereka yang tersungkur dalam pemilihan Bersatu sebelum ini, justeru jelasnya mereka mengambil jalan keluar parti menyertai Pejuang yang menjadi ‘ketua’ dalam sebuah parti baharu.
“Tiada atau amat jarang dalam kalangan mereka adalah mereka yang menang pemilihan, kemudian letak jawatan menyertai Pejuang," jelasnya.
Oleh itu tegas Muammar, sejarah mereka adalah sama dan mereka boleh berpaling tadah pada bila bila masa sahaja.
Mukhriz sebelum ini mengesahkan Pejuang tidak akan bergerak secara solo menghadapi pilihan raya umum Ke-15 (PRU15) yang akan datang.
Sedangkan beberapa pemimpin dalam HARAPAN sedang mengusahakan kerjasama antara semua parti politik pembangkang melalui konsep Khemah Besar bagi untuk mengelakkan pertembungan lebih dari 2 kerusi menentang Umno
“Walaupun secara peribadi mendokong usaha Khemah Besar, tetapi PEJUANG adalah parti yang perlu diwaspadai.
HARAPAN jelasnya tidak boleh sewenang-wenangnya akur dengan tuntutan untuk Pejuang bertanding di kerusi dimenangi wakil mereka (atas tiket KEADILAN) atas faktor kewaspadaan ini.Jangan sewenangnya akur pada Pejuang
“Rundingan perlu dilakukan, di mana kawasan yang Pejuang benar-benar berpotensi, dan antaranya Langkawi, Jerlun, Kubang Pasu boleh diserahkan namun kawasan seperti Titiwangsa, Tambun dan lagi lapan perlu dikembalikan di meja rundingan,” ujarnya lagi.
0 Comments