Tak mudah UMNO boleh menang PRU15 - Saifuddin Nasution


KEJAYAAN
Barisan Nasional pada empat Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak bermakna parti itu dengan mudah memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang, tegas Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Ketika menangkis andaian sesetengah pihak bahawa parti itu akan kembali berkuasa penuh selepas PRU-15, Saifuddin kekalahan Pakatan Harapan (HARAPAN) di Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor banyak memberikan pengajaran bermakna kepada parti itu untuk bangkit.

Justeru jelasnya, KEADILAN perlu optimis dan tidak mudah menyerah kalah selari dengan slogan membujur lalu melintang patah dan lawan tetap lawan.

"Kita pernah rasa banyak kalah daripada menang, setiap kali kalah kita bangun dengan lebih bergaya.

"Kalau orang rasa kekalahan berterusan ini seperti gelap malam maka percayalah apabila malam semakin pekat, itu menandakan fajar semakin dekat, ada cahaya yang akan menggantikan kegelapan itu," katanya.

Saifuddin yang merupakan calon bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti yang sedang dijalankan berkata begitu pada program di pejabat Penyelaras Parlimen Gombak di Taman Samudera semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Jelasnya, HARAPAN menerima segala mesej yang disampaikan oleh rakyat dan akan digunakan dalam mempersiapkan parti menghadapi PRU15.

KEADILAN akan kemuka calon terbaik
"Kita akan selesaikan rundingan kerusi dalam HARAPAN, semakan data dan persiapkan parti menerusi polisi daripada analisis data yang menjadi kekuatan dalam parti.

"Kita akan tapis calon-calon yang ada dan membuat pilihan yang terbaik. Kemudian akan susun satu tawaran manifesto, skrip dan naratif untuk kempen serta segera berjumpa rakyat bagi sesi penerangan secara berterusan," tambahnya.

Post a Comment

0 Comments