Adakah lantik Tajuddin Rahman sebagai Duta Besar keputusan tepat?


PERDANA MENTER
I, Ismail Sabri Yaakob digesa memberi penjelasan berhubung keputusan kerajaan melantik Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Gesaan itu dibuat Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin (HARAPAN-Bayan Baru) dalam satu kenyataan susulan pngumuman pelantikan  Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu sebagai Duta Besar.

"Hubungan dengan Indonesia adalah salah satu agenda hubungan luar negara utama bagi Malaysia. Malaysia tidak boleh menimbulkan ketegangan antara kedua-dua negara.

"Terdapat banyak isu genting di kalangan negara serantau seperti wilayah yang menjadi pertikaian, Zon Ekonomi Eksklusif, layanan terhadap buruh asing, persaingan untuk import eksport dan persaingan untuk Pelaburan Langsung Asing.

"Diplomat yang mahir diperlukan untuk menyelesaikan isu tersebut,” jelasnya.

Sementara itu Sim turut merujuk cara Tajuddin mengendalikan insiden nahas MRT tahun lepas ketika menjadi pengerusi Prasarana Bhd.

"Adakah beliau pilihan yang tepat untuk jawatan penting ini?

"Pelantikan Tajuddin ini juga dianggap sebagai lantikan politik terkini. Pelantikan politik sering gagal menegakkan profesionalisme institusi. Penyingkiran Tajuddin daripada MRT Corp adalah contoh bahaya lantikan politik," katanya.
 
Pelantikan Tajuddin bagi menggantikan diplomat Zainal Abidin Bakar akan menyaksikan ahli politik menjawat semula jawatan itu.

Adakah Tajuddin layak isi jawatan tersebut?
Sebelum pengesahan Tajuddin, agensi berita Indonesia Antara telah melaporkan mengenai pelantikannya yang dikhabarkan sejak Oktober lalu, kemudian didorong oleh kehadirannya semasa lawatan rasmi Menteri Luar Saifuddin Abdullah ke Jakarta pada November.

Ahli politik berusia 74 tahun itu sebelum ini dipecat daripada jawatannya sebagai pengerusi Prasarana berikutan kenyataan yang dianggap tidak sensitif selepas insiden perlanggaran LRT di Kuala Lumpur yang menyebabkan berpuluh-puluh penumpang cedera.

Post a Comment

0 Comments