Penyusutan nilai ringgit bukti dunia hilang keyakinan kepada M'sia




PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penyusutan nilai ringgit berterusan menunjukkan dunia sudah hilang keyakinan terhadap Malaysia.

Dalam satu kenyataan, Anwar berkata bahawa langkah penyelesaian jangka pendek dan pemulihan segera yang dilakukan kerajaan hari ini masih tidak mencukupi.

Selain perlu berusaha meyakinkan kembali pelabur, pemerintah menurutnya perlu segera mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan

“Kita memerlukan kepimpinan yang pertamanya boleh memulihkan keyakinan rakyat sebelum kita boleh mengimpikan untuk memulih keyakinan pihak luar dan seterusnya pelaburan.

“Pelan yang sesuai untuk pemulihan yang betul memerlukan pemikiran yang kompleks dan penghargaan terhadap kerumitan ekonomi kontemporari,” katanya Presiden KEADILAN itu.

Selain usaha jangka pendek, beliau turut menggesa kerajaan memberi penyelesaian jangka panjang kepada rakyat yang mampu menginspirasikan keyakinan yang diperlukan semua.

Menurutnya, situasi ketika ini menyaksikan
rakyat Malaysia terperangkap dalam pusingan di mana mereka berhempas pulas bekerja dan mendapat hasil sedikit, manakala harga barang keperluan pula melambung tinggi.

“Bekerja untuk rakyat menjadi perkara terpenting bagi membawa negara ini kembali dan anda, rakyat, layak mendapat ganjaran setimpal bagi penat lelah bekerja,” katanya.

Keyakinan rakyat perlu segera dipulihkan
“Walaupun pelbagai perkara menjadi punca termasuk keadaan ekonomi global dan negara masih dalam pemulihan dari pandemik serta perang Rusia-Ukraine, keadaan di Malaysia masih suram.

“Manakala negara lain sudah kelihatan kembali normal, namun situasi di Malaysia masih banyak yang perlu ditangani,” katanya lagi.
 
Menurut laporan, nilai ringgit melepasi RM4.40 berbanding 1 USD minggu lalu sejak bermulanya pandemik Covid-19.

Post a Comment

0 Comments