PROSES pengundian secara dalam talian bagi Pemilihan KEADILAN disifatkan sebagai memberangsangkan dengan mendapat sambutan baik.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) parti KEADILAN, Dr Zaliha Mustafa berkata proses julung kali yang dijalankan melalui aplikasi ADIL sejak 19 Mei sehingga semalam telah merekodkan seramai 67,419 ahli parti itu telah menjalankan tanggungjawab mereka.
Jumlah itu menurutnya pengundian secara dalam talian yang diadakan khusus bagi ahli KEADILAN yang berada di luar negara seperti di Singapura, Switzerland, Korea dan Amerika Syarikat.
"Pengundian dalam talian diadakan dari 18 Mei hingga hari ini. Jumlah keseluruhan ahli yang berdaftar untuk mengundi dalam talian adalah 76,926 dan mereka mempunyai masa hingga 11.59 malam ini bagi melaksanakan tanggungjawab," katanya dipetik laporan Bernama.
Zaliha turut memaklumkan bahawa peratusan keluar mengundi secara keseluruhan termasuk pengundian fizikal dan dalam talian pada pemilihan parti yang memasuki hari kelapan hari ini, sangat rendah iaitu hanya lapan peratus yang melibatkan 90,304 ahli parti.
Beliau berkata ia termasuk 20,813 ahli yang mengundi secara fizikal di 10 negeri setakat ini iaitu Kelantan, Terengganu, Johor, Kedah, Pahang, Wilayah Persekutuan, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang.
Bagaimanapun, Dr Zaliha yakin jumlah itu akan meningkat pada hari pengundian secara fizikal di Selangor dan Sabah pada hujung minggu ini, kerana kedua-dua negeri mempunyai ahli KEADILAN yang ramai.
Mengenai beberapa dakwaan mengenai tahap keselamatan aplikasi ADIL, Dr Zaliha menegaskan sistem yang diperkenal pada 28 Feb lepas itu telah diletakkan pelbagai ciri keselamatan untuk mengurangkan sebarang kemungkinan manipulasi dan penipuan.
Ciri-ciri sekuriti yang sedia ada dalam pengunaan aplikasi ADIL berserta dengan sistem dan proses pengundian yang dikawal rapi, dan pengenalan penggunaan dakwat calit undi jelasnya memastikan pemilihan parti berjalan dengan telus, saksama dan selamat.
Hari ini pengundian secara fizikal dijalankan di Selangor manakala Perak, Sabah dan Sarawak pada 22 Mei.Sistem pengundi diperkuat elak manipulasi
Keputusan tidak rasmi calon yang menang akan dipaparkan di laman web rasmi KEADILAN dalam tempoh 24 jam selepas proses pengundian tamat pada Ahad ini (22 Mei), sementara keputusan rasmi akan diumumkan di Kongres Nasional parti itu pada 25 Jun.
0 Comments