Nik Nazmi bidas Menteri luar




GESAAN Saifuddin Abdullah untuk menyekat politik perkauman di negara ini dikritik Ketua Setiausaha Pengelola KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menyifatkan Menteri Luar itu sebagai ironi, Nik Nazmin berkata Saifuddin sendiri kini menggangotai sebuah parti berasaskan kaum iaitu Bersatu.
 
“Dia mengkhianati Pakatan Harapan (HARAPAN) dan KEADILAN dan memutuskan untuk menjadi ahli Bersatu yang kita semua tahu adalah parti berasaskan kaum,” kata Nik Nazmi.

Pada 2018, pengerusi Bersatu ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, dalam mempertahankan pendekatan parti berasaskan kaum berkata, ia adalah haluan yang “realistik” kerana rakyat Malaysia berpecah mengikut garis perkauman.

Dalam ucapannya pada Selasa lalu, Saifuddin menyebut untuk menentang politik perkauman yang menurutnya menjadi punca pelbagai penyakit sosial.

Tambahnya, ucapan kebencian dan sikap perkauman lain akan menyebabkan permusuhan dan boleh membawa kepada keganasan.

Kenyataan Saiffuddin turut mendapat perhatian beberapa Ahli Parlimen, Kasthuri Patto antara yang mencabar saifuddin membuktikan kata-katanya dengan membentangkan isu itu ke Kabinet.

Saifuddin dicabar jangan hanya berkata-kata
“Saya ingin mendengar reaksi anggota Jemaah Menteri lain terhadap idea menghapuskan politik perkauman kerana kebanyakan daripada mereka menentang Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) ketika HARAPAN berkuasa,” katanya sambil bertanya sama ada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bersedia untuk menggiatkan usaha menghapuskan dasar berasaskan kaum.

Katanya, perkara itu membawa kepada diskriminasi kaum.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata, ia adalah tugas yang berat memandangkan sistem tadbir urus negara berkisar kepada kaum dan agama.

“Kerajaan mesti menunjukkan komitmen terutama ketika kita semakin menghampiri pilihan raya,” katanya.

Post a Comment

0 Comments